Skip to main content

Singapura

Perbelanjaan pemerintah dijangka meningkat, sedang keperluan negara berkembang: MOF

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Sep 2025 06:52PM Dikemas Kini : 20 Sep 2025 12:06AM
SINGAPURA: Kementerian Kewangan (MOF) menyatakan, perbelanjaan oleh pemerintah bagi penggal ini bakal meningkat sebagai sebahagian daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) ekoran keperluan negara yang semakin meningkat.

MOF akan terus melabur dalam pertahanan dan keselamatan, serta mengukuhkan impak sosial negara.

Membangunkan ekonomi dinamik yang menyediakan pekerjaan yang baik untuk rakyat Singapura kekal menjadi keutamaan utama.

Namun, sudut yang menjadi kebimbangan termasuk sekitaran geopolitik dan perdagangan global yang tidak menentu, serta ketidakpastian berkaitan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI).

Pemerintah akan terus berbelanja sesuai kemampuannya dan mengekalkan belanjawan yang seimbang dalam jangka sederhana.

Sistem cukai dan pemindahan juga akan kekal adil dan progresif.

MOF juga akan menguruskan rizab negara dengan bertanggungjawab, serta sumber fiskal secara berhati-hati dan berkesan.
Sumber : CNA/IQ/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita