Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perbelanjaan jika bergantung kepada jualan tanah akan jejas ekonomi, rakyat S'pura

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mungkin perlu dinaikkan kepada 11 peratus dan bukan sembilan peratus bagi mengatasi jurang pembiayaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Mar 2022 06:13PM Dikemas Kini : 02 Mar 2022 10:25PM

SINGAPURA: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mungkin perlu dinaikkan kepada 11 peratus dan bukan sembilan peratus bagi mengatasi jurang pembiayaan.

Ini sekiranya pemerintah Singapura mengeluarkan lebih banyak dana daripada rizab negara untuk perbelanjaan berulang.

Menteri Kewangan Lawrence Wong menambah ini juga akan bermakna generasi masa hadapan akan membayar cukai lebih tinggi.

Memberikan respons kepada saranan Parti Pekerja (WP)dan Parti Kemajuan Singapura (PSP) agar mengubah rangka kerja rizab serta cara ia menyumbang kepada Belanjawan, Encik Wong berkata saranan-aranan tersebut merangkumi penyesuaian kepada sumbangan pulangan pelaburan bersih bagi perbelanjaan berulang.

Pihak pembangkang juga ingin sebahagian penjualan tanah disalurkan kepada pendapatan berulang.

Encik Wong bagaimanapun memberi amaran, apabila pemerintah bergantung kepada penjualan tanah untuk membiayai perbelanjaan, akan ada kepentingan untuk mengekalkan harga tanah yang tinggi bagi meraih pendapatan maksimum.

Encik Wong menambah langkah tersebut akan menjejas ekonomi dan rakyat Singapura.

"Apabila kita menjual tanah, kita bukan menghasilkan kekayaan baru tetapi sekadar menukar tanah fizikal itu kepada aset kewangan. Maka itu, kita melabur hasil jualan tanah itu kepada rizab yang lain dan membelanjakan 50 peratus daripada pulangan jangka panjang yang dijangkakan menerusi rangka kerja Pulangan Pelaburan Bersih (NIR)," terang Encik Wong.

"Dengan cara ini, hasil jualan tanah menawarkan pendapatan yang stabil dan mampan. Yang jelas, kita sudahpun membelanjakan hasil jualan tanah tempatan," katanya lanjut.

Sumber : CNA/NA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan