Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perbarisan Hari Polis kembali diadakan secara fizikal; dihadiri lebih 2,000 pegawai polis

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Perbarisan Hari Polis kembali diadakan secara fizikal hari ini (3 Jun) selepas dua tahun beralih ke wadah online akibat pandemik. 

Di acara yang diadakan di Akademi Home Team itu juga, Pingat Dwiabad Pasukan Polis Singapura 2020 (SPF200) dirasmikan bagi memperingati 200 tahun bakti polis di Singapura. 


(Gambar: Pasukan Polis Singapura)

Lebih istimewa lagi, ia dipakai oleh lebih daripada 2,000 pegawai polis yang menghadiri upacara itu. 

700 daripada mereka mengambil bahagian dalam perbarisan tersebut. 

Semasa acara itu petang tadi, tetamu kehormat Presiden Halimah Yacob turut menyampaikan anugerah bagi Divisyen Darat Terbaik dan Unit Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara Terbaik.

Tempat pertama Anugerah Divisyen Darat Terbaik dimenangi Divisyen Polis Clementi atas kecemerlangan para pegawainya dalam pelbagai aspek membasmi jenayah dan tahap kesediaan mereka untuk bertindak bagi kejadian-kejadian besar meski hadapi cabaran pandemik COVID-19.

Anugerah Unit Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara Terbaik pula disampaikan kepada Divisyen Polis Lapangan Terbang bagi menghargai daya tahan dan dedikasi kesemua anggota perkhidmatan negara dalam menjalani latihan dan kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan sekitaran. 

Sementara itu, Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri, Desmond Tan turut menyampaikan anugerah kepada Pegawai Anggota Perkhidmatan Negara Polis Sepenuh Masa (PNSF) dan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara Polis (PNSmen) Terbaik.

Senarai pemenang:

Divisyen Darat Terbaik:
Pertama: Divisyen Polis Clementi
Kedua: Divisyen Polis Central
Ketiga: Divisyen Polis Woodlands

Unit Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara Terbaik:
Pertama: Divisyen Polis Lapangan Terbang
Kedua: Divisyen Polis Ang Mo Kio
Ketiga: Divisyen Polis Tanglin

PNSF Terbaik:
1. Inspektor (NS) Toh Keng Hian
2. Sarjan Konstabel Khas Pradip Singh
3. Sarjan Konstabel Khas Gerald Lim Yi Heng
4. Sarjan Konstabel Khas Johan Hakim Sanny
5. Sarjan Konstabel Khas Ng Jia Le

PNSmen Terbaik
1. Timbalan Supritendan Polis (NS) Lim Wei Qiang Cyril
2. Timbalan Supritendan Polis (NS) Muhammad Firdaus
3. Timbalan Supritendan Polis (NS) Ng Siow Chong Xavier
4. Sarjan (NS) Wee Ren Chai Ronald
5. Sarjan(NS) Ong Chun Kee

Hari Polis diperingati di Singapura pada setiap 3 Jun sejak tahun 1971.

Antara lain, ia bagi meraikan pencapaian, menghargai sumbangan para pegawai dulu dan sekarang serta menyatukan para pegawai untuk sama-sama memperbaharui ikrar mereka untuk berkhidmat kepada negara di samping menjalankan tugas dengan keberanian, kesetiaan, integriti dan keadilan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan