Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perbahasan 'lebih bebas' digalakkan di Parlimen namun AP tidak boleh bertindak sesuka hati

Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin berkata meskipun beliau ingin lebih terbuka untuk membenarkan perbahasan yang lebih bebas di Parlimen, namun ini tidak bermakna para Anggota Parlimen bebas "melakukan apa sahaja yang diinginkan".

Anggaran Waktu Membaca:
Perbahasan 'lebih bebas' digalakkan di Parlimen namun AP tidak boleh bertindak sesuka hati

(Gambar: Parliament Singapore)

SINGAPURA: Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin berkata meskipun beliau ingin lebih terbuka untuk membenarkan perbahasan yang lebih bebas di Parlimen, namun ini tidak bermakna para Anggota Parlimen bebas "melakukan apa sahaja yang diinginkan".

Encik Tan bagaimanapun tidak pula mendedahkan apakah yang mendorongnya untuk menulis catatan tersebut di Facebook pada Selasa (18 Jan), dengan komen itu dikeluarkan seminggu selepas berlaku sedikit ketegangan di Parlimen setelah beliau menyekat anggota Parti Kemajuan Singapura (PSP) Leong Mun Wai daripada bertanyakan soalan dan menyuruhnya duduk.

"Jika setiap anggota Dewan memutuskan untuk berbahas dan bertanyakan soalan semata-mata kerana mereka merasakan bahawa mereka perlu berbuat demikian, maka keadaan mungkin akan menjadi huru-hara dan tidak wajar," kata Encik Tan dalam catatan Facebooknya.

"Dalam kejadian sedemikian, apabila anggota Dewan tidak diberi ruang untuk berhujah, ini kerana mereka bertindak keterlaluan atau tiada peruntukan untuk mereka berbuat demikian."

Apabila perkara seperti ini berlaku kata Encik Tan, peranannya sebagai Speaker adalah untuk menjaga disiplin dan menegakkan kewibawaan dan ketenteraman dalam Dewan.

Catatannya itu turut disertakan dengan satu siri infografik yang dihasilkan oleh Parlimen berhubung kod tatalaku dalam Dewan, yang menegaskan bahawa Speaker Parlimen mempunyai kuasa untuk mengarahkan Anggota Parlimen (AP) supaya berhenti berhujah jika AP itu terus "mengulangi perkara yang tidak relevan atau berkali-kali menekankan perkara yang sama".

"Peraturan ini bukan untuk menyekat," kata Encik Tan. "Sebaliknya ia bagi memastikan kita boleh bertindak secara konsisten, adil dan membenarkan aturcara untuk diteruskan dan memberi masa kepada lebih ramai Anggota Parlimen untuk berhujah."

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan