Perbahasan Kertas Putih COVID-19: Pritam Singh gesa laporan penuh didedah kepada umum
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebuah laporan yang menyemak semula tindak balas pemerintah terhadap pandemik COVID-19 patut diterbitkan sepenuhnya, agar masyarakat awam - dan para Anggota Parlimen (AP) - boleh membuat kesimpulan sendiri.
Demikian menurut Ketua Pembangkang Pritam Singh pada Isnin (20 Mac).
Ketika menyampaikan ucapannya selama 15 minit, Encik Singh mempersoalkan mengapa pemerintah memutuskan untuk tidak menerbitkan laporan asal yang dibentangkan mantan Ketua Perkhidmatan Awam Peter Ho.
Gesaan oleh ketua Parti Pekerja (WP) itu, dan AP pembangkang Leon Perera (WP-Aljunied), dibuat semasa perbahasan parlimen mengenai Kertas Putih COVID-19 yang diterbitkan Pejabat Perdana Menteri pada 8 Mac.
Dokumen tersebut mengenal pasti enam aspek yang boleh dilakukan lebih baik lagi oleh pemerintah, termasuk penularan di dormitori pekerja hijrahan, langkah-langkah kawalan sempadan, pengesanan kontak dan peralihan kepada endemik COVID-19.
Kertas Putih itu berlandaskan semakan yang dijalankan Encik Ho, termasuk temu bual dengan para menteri dan kakitangan awam. Ia juga menyertakan dapatan daripada beberapa semakan oleh agensi-agensi pemerintah.
GUGURKAN MAKLUMAT YANG BOLEH JEJAS KESELAMATAN NEGARA
Pada Isnin (20 Mac), Encik Singh menarik perhatian bahawa Kertas Putih itu bukan dokumen asal.
Beliau menyatakan bahawa ia cuba untuk "mengaitkan dan menjelaskan pelbagai, kemudian menyatukannya dengan data serta fakta dan menawarkan gambaran yang seimbang dan objektif selagi boleh" mengenai tindak balas pemerintah terhadap COVID-19.
Meskipun Kertas Putih memperakui ada beberapa kelemahan dalam tindak balas pemerintah, rakyat Singapura tidak tahu apa yang tidak disertakan dalam laporan asal dan semakan yang membawa kepada laporan akhir yang diterbitkan Pejabat Perdana Menteri, ujar Encik Singh.
Beliau juga menyarankan agar sebarang maklumat sulit yang boleh memudaratkan keselamatan negara digugurkan daripada laporan tersebut.
Menerbitkan laporan asal "selaras dengan semangat usul tersebut, yang berusaha untuk menegaskan usaha pemerintah untuk belajar daripada pengalaman tiga tahun yang lalu", kata Encik Singh.
Encik Perera bersetuju dengan gesaan Encik Singh supaya menerbitkan laporan asal bagi "lebih ketelusan, mewujudkan perbahasan awam yang lebih berhemah dan menyeluruh mengenai apakah pengajaran yang patut ditimba".
WP AKAN SOKONG USAHA NEGARA SEMASA KRISIS
Encik Singh turut menyentuh tentang pendirian politik WP semasa pandemik dan apa yang boleh dijangka orang awam daripada parti tersebut apabila krisis sedemikian melanda.
Beliau menekankan bahawa WP akan menyokong, dan tidak akan menjejaskan, usaha negara tatkala masa sukar seumpama itu.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.