Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perbahasan hangat Shanmugam, Leong Mun Wai di Parlimen tentang sama ada Lee Hsien Yang & isteri 'larikan diri'

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam dan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leong Mun Wai (PSP) berbahas hangat di Parlimen di Parlimen pada Rabu (22 Mac) tentang sama ada Encik Lee Hsien yang dan isterinya Cik Lee Suet Fern "melarikan diri".

Beliau juga mempersoalkan kelakuan Encik Leong di Parlimen dan bagaimana beliau berulang kali melanggar prosedur parlimen.
Pada Isnin (20 Mac), Encik Shanmugam berkata, Encik Lee dan isterinya "melarikan diri" dalam jawapannya kepada soalan parlimen Encik Leong mengapa pasangan itu dinamakan sedangkan individu yang disiasat dalam kes rasuah Keppel Marine & Offshore tidak didedahkan.

Encik Shanmugam berkata, individu yang disiasat biasanya tidak dinamakan, tetapi terdapat pengecualian, dan memberi sebab-sebab dan contoh kes-kes lain.

Selepas sidang Parlimen itu, Encik Leong tidak berpuas hari dengan jawapan Encik Shanmugam dan memuat naik catatan di Facebook: "Apa yang SM Teo dan Menteri Shanmugam lakukan boleh menjadikan Parlimen platform untuk mempengaruhi pendapat umum tentang prosiding jenayah."

"Melarikan diri adalah satu kesalahan jenayah dan mahkamah seharusnya memutuskan sama ada Encik Lee dan Cik Lee telah berbuat demikian. Menteri tidak boleh mengadili perkara itu."

Pada Rabu, Encik Shanmugam bangkit untuk membahaskan catatan Facebook Encik Leong yang beliau sifatkan sebagai penuh dengan maklumat salah yang serius".

Beliau turut berkata, Encik Leong berulang kali melanggar prosedur parlimen dan memberikan tiga contoh, sambil berkata: "Malangnya ia sudah menjadi kebiasaan Encik Leong.

"Di Parlimen, kami bersedia untuk perbahasan yang serius. Anggota boleh mengemukakan soalan yang tegas. Dan jika sesiapa mempunyai soalan, mereka boleh bangkitkan seperti yang kami berbincang dan bukan berdiam diri di sini dan kemudian keluar dan melontarkan fitnah."

Encik Shanmugam berpendapat, Encik Leong telah melanggar Seksyen 31(g) Akta Parlimen (Hak Istimewa, Kekebalan dan Kuasa yang menggariskan bahawa tiada sesiapa pun boleh menerbitkan sebarang kenyataan "palsu atau terlampau" memfitnah Anggota Dewan kerana kelakuan atau kata-katanya di Parlimen.

Sesiapa yang didapati bersalah melanggar Seksyen 31(g) boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.

Encik Shanmugam juga meminta Encik Leong memadamkan catatan Facebook beliau, menerima bahawa beliau menyalahgunakan kedudukannya dan meminta maaf.
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan