Skip to main content

Singapura

Perbahasan Belanjawan 2025: Pemerintah perlu timbang isu struktural sebabkan kenaikan kos sara hidup

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Feb 2025 11:46PM Dikemas Kini : 28 Feb 2025 12:56AM
SINGAPURA: Perbahasan Belanjawan 2025 bersambung di Parlimen pada Khamis (27 Feb), dengan para Anggota Parlimen (AP) menggesa pemerintah agar menimbangkan isu-isu kos struktural yang menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup dalam jangka panjang.

Para AP berkata walaupun inflasi sudah berkurangan, harga tinggi adalah hakikat baharu yang dihadapi penduduk.

Langkah mengagihkan baucar serta pelbagai bentuk bantuan akan membantu rakyat Singapura menangani kos sara hidup, terutama bagi golongan berpendapatan rendah.

Sementara, ada yang percaya sikap bergantung kepada rebat dan baucar mungkin menunjukkan betapa keperluan asas semakin di luar kemampuan penduduk.

AP SMC Radin Mas Melvin Yong berkata: "Kita mesti memastikan Singapura mempunyai sebuah rejim perlindungan pengguna yang teguh dan sebuah pasaran dengan ketelusan harga untuk memastikan pengguna meraih manfaat sepenuhnya daripada inisiatif-inisiatif Pemerintah dan yang dikendali masyarakat untuk menangani kos sara hidup. "

"Walau faktor luar menyumbang kepada inflasi, adalah penting untuk mengenal pasti bahawa COE dan GST adalah hasil daripada dasar-dasar dalam negeri. (Dengan) menawarkan baucar dan bentuk bantuan sekali-sekali sebagai respons kepada kos sara hidup, boleh dilihat sebagai tidak menangani pucuk masalahnya," tambah AP GRC Aljuneid Sylvia Lim.
Sumber : CNA/FZ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita