Perbahasan Belanjawan 2025: Para AP gesa cuti ibu bapa disemak semula, waktu kerja lebih pendek
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail keluarga di Singapura. (Gambar: iStock)
SINGAPURA: Beberapa Anggota Parlimen (AP) menarik perhatian kepada usaha Pemerintah untuk menyokong keluarga Singapura.
Pada hari pertama perbahasan Belanjawan 2025 di parlimen pada Rabu (26 Feb), beberapa AP menggesa agar cuti ibu bapa dan cuti penjagaan keluarga disemak semula dalam usaha mengimbangi masa dengan lebih baik lagi, selain waktu kerja lebih pendek.
Dalam Belanjawan yang dibentangkan pada 18 Feb, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Lawrence Wong mengumumkan Skim Keluarga Besar untuk menyokong pasangan suami isteri yang mempunyai, atau bercita-cita untuk mempunyai, tiga atau lebih anak.
"Saya alu-alukan langkah positif yang diambil tahun lepas untuk menambah cuti ibu bapa yang boleh dikongsi. Bagaimanapun, cuti menjaga anak dan ibu bapa mempunyai tujuan yang berbeza, menangani keperluan yang berbeza pada peringkat perkembangan kanak-kanak yang berbeza. Ramai ibu bapa melahirkan kesukaran, terutamanya apabila anak mereka jatuh sakit secara bergilir-gilir, kata AP GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal.
Tambah beliau lagi, dengan menambah cuti penjagaan anak akan dapat membantu ibu bapa menguruskan situasi yang tidak dapat dijangkakan itu, yang sering menimbulkan tekanan.
Beberapa AP juga menekankan peri perlunya mengkaji semula budaya kerja Singapura yang penuh tekanan.
Keadaan itu menurut mereka mungkin menghalang penduduk daripada meluangkan masa bermutu bersama keluarga, atau mempunyai anak.
Seorang AP mencadangkan menambah bilangan cuti awam kepada 14 hari berbanding 11 hari sekarang ini.
Cik Hazel Poa turut menyarankan diadakan undang-undang supaya pekerja 'tidak fikirkan tentang' kerja semasa sedang cuti atau selepas waktu kerja.

Sumber : CNA/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.