Perbahasan Belanjawan 2025: AP Pembangkang persoal lebihan besar pada FY2024, FY2025
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebihan belanjawan yang besar bagi tahun fiskal sekarang dan akan datang - masing-masing sebanyak S$6.4 bilion dan S$6.8 bilion - terus mendapat sorotan para anggota parlimen (AP) dalam perbahasan Belanjawan 2025.
Ada yang memujinya manakala ada yang mempersoalkan kenapa ini tidak diambil kira dalam perkara seperti kenaikan GST.
AP GRC Sengkang Louis Chua berkata: "Jika pemerintah secara konsisten mengumpulkan lebih daripada yang diperlukan, dan mempunyai lebihan besar tahun demi tahun, ini menimbulkan persoalan tentang kebijaksanaan menaikkan beban cukai ke atas rakyat Singapura seperti GST lebih tinggi dan kesegeraan melaksanakannya, terutama sekali sedang ramai bergelut dengan kadar inflasi yang tinggi dan kos sara hidup sejak beberapa tahun ini. "
AP Tanpa Kawasan Undi Leong Mun Wai pula bertanya: "Adakah Perdana Menteri menjangkakan ketepatan belanjawan akan menjadi lebih baik tahun ini? Atau kita akan mempunyai lebihan lebih besar daripada yang dijangkakan sekali lagi?
"Ketepatan belanjawan penting supaya parlimen dan rakyat Singapura mempunyai pandangan jelas tentang sumber fiskal yang ada pada kita," tambahnya.
Sesetengah AP lain bagaimanapun menyokong peri pentingnya mempunyai pengurusan fiskal yang berhemat, selain melindungi lebihan belanjawan bagi masa-masa tidak menentu di hadapan.
"Lebihan belanjawan memberi kami keyakinan dan sumber untuk melabur dalam semua rakyat, serta menjaminkan pekerjaan yang baik bagi semua. Hakikatnya, perbelanjaan pemerintah naik banyak bukan hanya untuk sokongan sosial, tetapi juga bagi inisiatif-inisiatif yang akan menjamin daya saing ekonomi Singapura dan melindungi negara kita daripada kesan perubahan iklim," kata AP GRC Holland-Bukit Timah Edward Chia.
Manakala AP GRC Nee Soon Derrick Goh berkata: "Dengan pelaburan besar diperlukan bagi jagaan kesihatan dalam masyarakat semakin menua, bagi pembangunan prasarana, kita tidak harus leka dan tidak boleh bergantung kepada kutipan kitaran.
"Ini konsep asas perancangan kewangan bahawa bagi jangka panjang perbelanjaan mesti sejajar dengan aliran pendapatan tertentu."

Sumber : CNA/NY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.