Perbadanan Pembangunan Sentosa, MSF & SG Enable meterai MOU galak sikap inklusif; bantu golongan kurang upaya & pekerja bergaji rendah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) berikrar untuk menawarkan peluang pekerjaan yang saksama bagi golongan kurang upaya serta keluarga bergaji rendah yang tinggal di flat-flat sewa.
Usaha tersebut akan berjalan sepanjang tiga tahun akan datang.
SDC pada Sabtu (30 Sep) menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) serta agensi SG Enable.
Menerusi kerjasama itu, SDC akan menawarkan program latihan amali dan bimbingan bagi golongan kurang upaya, serta mereka yang bergaji rendah.
Namun, pihak SDC tidak meletakkan sasaran khusus.
Tambahnya, beberapa jenis pekerjaan akan diubah seiring usaha menjadi majikan yang lebih inklusif.
SDC dan rakan-rakan kongsinya juga akan bekerjasama untuk menciptakan lebih banyak program dan ruang inklusif di sekitar pulau peranginan Sentosa.
"Syarikat-syarikat ini akur, pengambilan kerja yang inklusif dapat meluaskan tenaga kerja. Ia membawa perspektif segar kepada tempat kerja dan meningkatkan lagi budaya korporat. Tentu sekali, ramai pekerja kini lebih meminati syarikat yang mempunyai tujuan korporat yang kukuh dan prihatin dengan impak sosial," kata Encik Masagos Zulkifli, Menteri Pembangunan Sosial & Keluarga (MSF).

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.