Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perbadanan Pembangunan Sentosa lantik Thien Kwee Eng sebagai CEO baru

Naib Presiden Eksekutif Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) Cik Thien Kwee Eng, akan mengambil alih Encik Quek Swee Kuan sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) mulai 1 Jun.

Anggaran Waktu Membaca:
Perbadanan Pembangunan Sentosa lantik Thien Kwee Eng sebagai CEO baru

Naib Presiden Eksekutif Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) Cik Thien Kwee Eng, akan mengambil alih Encik Quek Swee Kuan. (Gambar: MTI)

Diterbitkan : 06 May 2020 08:02PM Dikemas Kini : 06 May 2020 08:09PM

SINGAPURA: Naib Presiden Eksekutif Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) Cik Thien Kwee Eng, akan mengambil alih Encik Quek Swee Kuan sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) mulai 1 Jun.

Encik Quek akan bersara daripada perkhidmatan awam pada 31 Mei untuk menceburi bidang yang diminatinya, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam satu kenyataan media pada Rabu (6 Mei).

Cik Thien juga akan dilantik sebagai anggota SDC dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) mulai 1 Jun, manakala Encik Quek akan melepaskan jawatan daripada kedua-dua lembaga pada 31 Mei.

Encik Quek dilantik sebagai CEO SDC pada 1 Okt 2015. Sepanjang kerjayanya selama 26 tahun dalam sektor awam, beliau juga berkhidmat dengan EDB dan STB.

Beliau juga menerajui pembangunan pelan induk Sentosa-Brani serta inisiatif utama lain, termasuk acara sepanjang tahun untuk menjadikan pulau itu sebuah destinasi "siang-hingga-malam", tambah kementerian itu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan