Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peraturan tiga suku tangki diperluaskan kepada kenderaan diesel mulai April

Mulai 1 April ini, semua kenderaan diesel yang berdaftar di Singapura diwajibkan mematuhi peraturan sekurang-kurangnya tiga suku tangki apabila meninggalkan Singapura melalui pusat-pusat pemeriksaan darat, menurut Kastam Singapura pada Rabu (2 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Jan 2019 01:26PM Dikemas Kini : 02 Jan 2019 09:36PM

SINGAPURA: Mulai 1 April ini, semua kenderaan diesel yang berdaftar di Singapura diwajibkan mematuhi peraturan sekurang-kurangnya tiga suku tangki apabila meninggalkan Singapura melalui pusat-pusat pemeriksaan darat, menurut Kastam Singapura pada Rabu (2 Jan).

Buat masa ini, syarat minimum itu yang sering dirujuk sebagai "peraturan tiga suku tangki" hanya dikenakan ke atas kenderaan-kenderaan Singapura yang menggunakan petrol atau gas asli mampat.

"Berkuat kuasa 1 April 2019, peraturan tiga suku tangki akan diperluaskan untuk meliputi kenderaan-kenderaan diesel yang berdaftar di Singapura.

"Ini sejajar dengan cukai diesel berdasarkan penggunaan yang diumumkan dalam Belanjawan 2017 untuk mengurangkan penggunaan diesel dan pencemaran udara," menurut kenyataan media Kastam Singapura.

Para pemandu yang tidak mematuhi peraturan itu boleh didenda sehingga S$500 atau didakwa di mahkamah. Mereka juga dikehendaki membuat pusingan U di pusat-pusat pemeriksaan darat.

Kastam Singapura menyatakan ia sudahpun memaklumkan persatuan-persatuan logistik dan pengangkutan mengenai perubahan yang bakal dikuatkuasakan itu.

Poster-poster juga sudah ditampal di pusat-pusat pemeriksaan darat bagi mengingatkan para pemandu mengenai peraturan baru itu. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan