Skip to main content

Singapura

Peraturan seragam di 15 negara anggota RCEP pacu inovasi di S'pura

Lebih banyak syarikat antarabangsa dijangka menubuhkan pangkalan di Singapura, untuk memanfaatkan rejim perlindungan hak milik intelektualnya yang kukuh.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih banyak syarikat antarabangsa dijangka menubuhkan pangkalan di Singapura, untuk memanfaatkan rejim perlindungan hak milik intelektualnya yang kukuh.

Di samping itu, syarikat-syarikat mendapat akses kepada 15 pasaran di bawah Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Sudah sebulan sejak perjanjian itu mula berkuat kuasa.

Namun, penganalisis berkata lebih banyak masa diperlukan bagi faedah seperti peraturan piawai mengenai harta milik intelektual sampai kepada pengguna.

Sebuah syarikat gergasi bagi ujian TUV SUD, dari Jerman misalnya, membuka sebuah kemudahan bernilai $100 juta di Singapura tahun lalu.

Hab serantau itu menempatkan lebih 60 makmal, yang meneroka teknologi berbeza dalam bidang-bidang pertumbuhan baru seperti ekonomi digital.

Inovasi baru mereka akan dilindungi di bawah rejim hak milik intelektual Singapura, yang diseragamkan di 15 negara anggota perjanjian RCEP.

Seorang penganalisis berkata RCEP dijangka membantu mewujudkan lebih banyak pekerjaan di Singapura dalam jangka sederhana hingga panjang.

Itu terutamanya kerana perjanjian itu meliputi eksport perkhidmatan - sebuah sektor di mana kebanyakan rakyat Singapura bekerja.

Sumber : CNA/MM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita