Peraturan perdagangan global mesti berubah seiring realiti baharu daya tahan & keselamatan: PM Wong
Peraturan perdagangan global perlu digubal semula bagi mencerminkan perubahan dunia daripada penekanan terhadap kecekapan kepada keutamaan daya tahan dan keselamatan, kata Perdana Menteri Lawrence Wong, sambil menggesa negara-negara untuk meneruskan usaha membentuk semula institusi pelbagai hala meskipun sukar mencapai kata sepakat.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Peraturan perdagangan global perlu digubal semula bagi mencerminkan perubahan dunia daripada penekanan terhadap kecekapan kepada keutamaan daya tahan dan keselamatan, kata Perdana Menteri Lawrence Wong, sambil menggesa negara-negara untuk meneruskan usaha membentuk semula institusi pelbagai hala meskipun sukar mencapai kata sepakat.
Bercakap kepada para wartawan Singapura pada Isnin (24 Nov) di Addis Ababa, ibu kota Habsyah, pada penghujung lawatan beliau ke Afrika, Encik Wong berkata terdapat pengiktirafan meluas dalam kalangan pemimpin dunia bahawa struktur ekonomi global kini sudah lapuk.
Beliau menarik perhatian bahawa Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), yang menjadi teras sistem perdagangan pelbagai hala, dibangunkan untuk era terdahulu yang mengutamakan kecekapan perdagangan. “Dalam dunia hari ini, negara-negara memberi lebih penekanan kepada daya tahan dan keselamatan. Jadi kita perlukan imbangan yang berbeza,” kata beliau.
“Kita perlu menangani realiti strategik hari ini sambil terus memudahkan kebergantungan antara negara, termasuk perdagangan dan pelaburan.”
MENCARI TITIK PERSAMAAN, MESKI TANPA AMERIKA SYARIKAT
Encik Wong memulakan lawatannya ke Afrika dengan menghadiri Sidang Puncak G20 di Johannesburg, Afrika Selatan. Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tidak hadir di sidang tersebut.
Walaupun dunia sedang beralih ke arah kepelbagaian kuasa, Amerika Syarikat kekal sebagai “kuasa terbesar” dan kepimpinannya masih penting dalam menyediakan rangka kerja global, kata Encik Wong.
Singapura lebih suka jika Amerika Syarikat terlibat secara aktif, tetapi jika itu tidak berlaku, ia “tidak sepatutnya menghalang negara-negara lain daripada berganding bahu dan mencari jalan sendiri untuk menentukan hala tuju masa depan secara bersama-sama,” tambah beliau.
Encik Wong menyifatkan Sidang Puncak G20, yang dianjurkan buat pertama kali di benua Afrika, sebagai satu “kejayaan besar” meskipun di tengah-tengah ketegangan global. Para pemimpin berjaya menghasilkan pengisytiharan bersama dan mencapai kata sepakat, kata beliau, yang menyifatkan hasilnya sebagai “sangat bermanfaat”.
LUASKAN HUBUNGAN DENGAN AFRIKA
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperkukuhkan hubungan dengan ekonomi Afrika, Singapura mengumumkan pada Isnin bahawa ia akan membuka sebuah kedutaan di Addis Ababa. Ia bakal menjadi kedutaan yang pertama di Afrika Timur. Ini merupakan kedutaan ketiga Singapura di benua Afrika, selepas Mesir dan Afrika Selatan.
Kerjasama tersebut, yang diumumkan Encik Wong pada sidang media bersama Perdana Menteri Habsyah, Abiy Ahmed Ali, menyediakan pasaran baharu untuk syarikat-syarikat Singapura dalam persekitaran global yang semakin mencabar.
“Kita tidak boleh bergantung pada pasaran yang biasa sahaja; kita perlu melihat kepada kawasan-kawasan baharu. Antara kawasan baharu ini terletak di tempat seperti Afrika,” kata beliau.
Dengan penduduk seramai 1.5 bilion yang masih meningkat, Afrika menawarkan pasaran besar untuk perniagaan dan perusahaan Singapura, ujar Encik Wong.
Namun, melangkaui “pandangan sempit sama ada Singapura mendapat manfaat atau tidak”, beliau menekankan pentingnya untuk berganding bahu sesama negara.
Sama ada melalui kemahiran atau Program Kerjasama Singapura, Singapura berharap untuk menyumbang kepada negara lain dan memberi nilai tambah supaya mereka boleh berkembang, membangun dan memperkukuh ekonomi masing-masing.
Usaha negara-negara kecil atau negara yang kelihatan mempunyai pengaruh yang terhad tidak harus diketepikan, tambah beliau.
“Tidak kira sama ada anda kecil atau besar, atau sama ada anda mempunyai pengaruh geopolitik atau tidak,” kata beliau.
“Apa yang lebih penting ialah jika ekonomi-ekonomi ini bekerjasama, kita temui platform yang baik untuk berinovasi serta mencuba perkara baharu, sama ada dalam perdagangan digital, daya tahan rantaian bekalan, kejayaan itu akan terserlah dengan sendirinya.”

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.