Skip to main content

Singapura

Peraturan lebih ketat berhubung butiran NRIC berkuat kuasa September

Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) mengingatkan pertubuhan-pertubuhan supaya jangan mengumpul, menggunakan atau menyimpan maklumat kad pengenalan (NRIC) secara sembarangan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Aug 2019 05:55PM Dikemas Kini : 28 Aug 2019 09:52PM

SINGAPURA: Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) mengingatkan pertubuhan-pertubuhan supaya jangan mengumpul, menggunakan atau menyimpan maklumat kad pengenalan (NRIC) secara sembarangan.

Peraturan lebih ketat untuk melindungi data sedemikian akan dikuatkuasakan mulai 1 September ini.

Sehubungan dengan itu, syarikat-syarikat sedang dalam proses menghapuskan maklumat NRIC dari pangkalan data masing-masing.

Ada juga yang menggunakan huraian baru bagi mengurus pengumpulan data peribadi.

APLIKASI JADI HURAIAN URUS DATA PERIBADI

Kumpulan Syarikat Paradise Group mempunyai lebih 430,000 ahli dalam program ganjarannya. Bermula bulan depan, ia tidak lagi boleh menggunakan nombor kad pengenalan untuk mengenal pasti ahlinya apabila peraturan baru bagi melindungi data sedemikian berkuat kuasa.

Pertubuhan-pertubuhan tidak boleh mengumpul, mengguna atau mendedahkan nombor kad pengenalan tetapi mereka masih boleh menggunakan sebahagian nombor kad pengenalan iaitu tiga angka di belakang serta abjadnya.

Bagi mematuhi peraturan baru itu, rangkaian restoran tersebut sedang menghapuskan data tersebut dari pangkalan datanya. Ia sudah membelanjakan $50,000 untuk membangunkan aplikasi baru bagi mengurus program ganjarannya dan sedang mengalihkan para anggotanya ke aplikasi itu.

Namun, oleh kerana ia tidak mempunyai maklumat lengkap atau tepat seperti alamat emel dan nombor telefon, sukar bagi syarikat tersebut menghubungi para ahlinya.

Paradise Group berharap dapat mengalihkan 80 peratus data ahli-ahlinya ke dalam aplikasi tersebut dalam masa enam bulan akan datang.

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita