Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peraturan kasino diperketat, undang-undang baharu diusul bagi cegah jenayah kewangan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Aug 2024 07:25PM Dikemas Kini : 06 Aug 2024 08:57PM
SINGAPURA: Peraturan di dua kasino Singapura akan diperketat, dengan undang-undang baharu disarankan.

Antaranya ia akan mencegah kasino daripada menjadi wadah kegiatan pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganasan.

Ia sebahagian daripada langkah-langkah di bawah satu Rang Undang-undang yang dikemas kini, dengan tujuan melindungi kasino daripada risiko-risiko baru muncul, di samping melindungi golongan mudah terjejas daripada bahaya berjudi.

Rang berhubung kasino kali terakhir dikemas kini pada 2012.

Satu perubahan yang disarankan adalah membolehkan dua pengendali kasino tempatan untuk saling berkongsi maklumat pelanggan.

Ini dalam usaha menangani risiko jenayah berkaitan pengubahan wang haram dan pembiayaan kewangan pengganasan.

Buat masa ini, pengendali kasino tidak dibenarkan berkongsi secara langsung data peribadi pelanggan tanpa keizinan pelanggan.

Ini ekoran Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).

Dalam pada itu lebih banyak kesalahan berkaitan kasino juga boleh dikenakan hukuman di bawah Rang Undang-undang baharu nanti.

Contohnya, menarik balik taruhan selepas keputusan diketahui atau merakam corak permainan mesin permainan kasino.

Rang undang-undang itu juga mahu lebih selari dengan landskap lebih luas perjudian, serta meningkatkan perlindungan bagi golongan lemah.

Di bawah perubahan yang disarankan, pelanggaran kepada Had Ziarah Keluarga boleh dikenakan hukuman.

Ia merujuk kepada permohonan oleh anggota keluarga bagi mengehadkan kemasukan seseorang ke dalam kasino, ekoran masalah perjudian.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan