Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peraturan guna CPF bagi flat lebih tua diubah Mei

Pemerintah dijangka merubah peraturan-peraturan guna CPF bagi flat-flat lebih tua menjelang Mei tahun ini, kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong hari ini (7 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Peraturan guna CPF bagi flat lebih tua diubah Mei

Gambar flat HDB. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 07 Mar 2019 02:08PM Dikemas Kini : 07 Mar 2019 02:10PM

SINGAPURA: Pemerintah dijangka merubah peraturan-peraturan guna CPF bagi flat-flat lebih tua menjelang Mei tahun ini, kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong hari ini (7 Mac).

Encik Wong mengumumkan demikian semasa peruntukan bagi kementeriannya dibahaskan di Parlimen. Beliau menjelaskan peraturan CPF mempunyai "kesan yang tidak disengajakan" walaupun ia bertujuan untuk memastikan golongan lanjut usia yang membeli flat-flat lama, mempunyai simpanan yang mencukupi apabila sudah bersara.

Peraturan-peraturan sedia ada mensyaratkan wang CPF boleh digunakan untuk membeli flat-flat lama HDB, tetapi ada had pada jumlah yang boleh digunakan kerana baki tempoh pajakan flat (lama) adalah kurang 60 tahun.

Seorang pemilik rumah boleh menggunakan CPF untuk membeli hartanah jika usia dan baki tempoh pajakan keseluruhannya kurang 80 tahun, tetapi ia tertakluk kepada beberapa batasan.

Jika baki tempoh pajakan kurang 30 tahun, CPF mungkin tidak boleh digunakan.

"Seseorang yang membeli flat yang sudah berusia 39 tahun boleh menggunakan CPF sepenuhnya tetapi setahun kemudian... jumlah CPF akan dihadkan. Tiada sebab munasabah mengapa ini dikuatkuasakan. Ia hanya semata-mata kerana usia flat menjadi setahun lebih tua," kata Encik Wong.

Sesetengah bank juga merujuk kepada batasan-batasan ini apabila menaksir jumlah pinjaman yang boleh diambil, kata Encik Wong. Ini bermakna kuantum CPF dan pinjaman akan dikurangkan bagi pembelian flat-flat lebih tua.

Kementerian Pembangunan Negara dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sudah meninjau isu ini, kata Encik Wong.

Perinciannya belum ditetapkan dan ia akan diumumkan "tidak lama lagi", tambahnya.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan