Peraturan flat Plus jualan semula HDB termasuk had pendapatan S$14,000, tempoh menunggu 30 bulan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pembeli flat Plus jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan dihadkan kepada warga Singapura dengan siling pendapatan isi rumah S$14,000.
Jika mereka merupakan pemilik rumah privet, terdapat tempoh menunggu 30 bulan sebelum mereka dibenarkan untuk membeli flat tersebut di pasaran terbuka.
Sekatan jualan semula itu diumumkan oleh Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee pada Isnin (21 Ogos), sehari selepas Perdana Menteri Lee Hsien Loong memperkenalkan Plus sebagai kategori baharu flat semasa ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan.

Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee mengumumkan lebih banyak butiran ketika perbincangan selepas Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Isnin, bahawa pemilik flat Plus perlu memulangkan subsidi apabila menjual flat jualan semula mereka, sama seperti peraturan bagi flat Perdana.
"Disebabkan flat Plus menikmati subsidi lebih rendah berbanding flat Perdana, kadar subsidi yang perlu dipulangkan adalah lebih rendah," tambahnya.
Pemilik flat Plus juga tidak dibenarkan menyewakan flat mereka pada bila-bila masa.
"Ini untuk memastikan ia didiami pemilik flat sedemikian dan menghalang mereka yang ingin mengambil kesempatan meraih keuntungan dengan cepat atau menyewakannya untuk mendapat manfaat jangka panjang," tambah Encik Lee.
SEKATAN JUALAN SEMULA
Untuk memastikan flat tersebut terus boleh dimampui selepas pemilik pertama, akan ada syarat bagi pembeli flat jualan semula untuk menyederhanakan permintaan dan memastikan flat tersebut mampu dimiliki dan inklusif sepanjang masa, kata Encik Lee.
Terdapat tempoh menunggu 30 bulan bagi pemilik hartanah privet, serta siling pendapatan isi rumah bagi pembeli flat jualan semula.
Bagi flat Plus, ia ditetapkan pada S$14,000 bagi kedua-dua golongan keluarga dan bujang. Ia adalah siling pendapatan Flat Bina Ikut Tempahan (BTO) sedia ada bagi pasangan, yang merangkumi lapan daripada 10 isi rumah warga Singapura.
Ia lebih tinggi daripada siling pendapatan BTO untuk golongan bujang, yang ditetapkan pada S$7,000.
Kecuali subsidi yang perlu dipulangkan, yang hanya tertakluk kepada pemilik pertama, syarat tersebut akan dikenakan kepada pembeli seterusnya untuk memastikan flat sedemikian mampu dimiliki selepas penjualan pertama, kata menteri itu.
LEBIH BANYAK PILIHAN UNTUK IBU BAPA, PASANGAN
Dengan klasifikasi baharu flat, yang akan bermula tahun hadapan, ibu bapa pertama kali dan pasangan sudah berkahwin akan mendapat keutamaan untuk semua flat Standard di seluruh negara.
Ia memberi mereka lebih banyak pilihan di bawah skim keutamaan melebihi pilihan sedia ada iaitu flat empat bilik atau lebih kecil di estet-estet belum matang.
Tiada perubahan kepada pengurusan flat HDB sedia ada, yang akan berterusan di bawah peraturan sama seperti tempoh penginapan minimum lima tahun.
"Ini bermakna warga Singapura di luar siling pendapatan S$14,000 masih mempunyai akses kepada 1.1 juta flat sedia ada dan flat Standard apabila mereka memasuki pasaran jualan semula," tambahnya.
Menurut Encik Lee, dengan memastikan flat awam boleh dimampui, ia "memberi kepentingan nyata kerapa rakyat Singapura", kata beliau. "Ia juga membolehkan kita memulakan kehidupan, membina keluarga, menjalin hubungan dalam masyarakat."
Namun, sistem tersebut haruslah adil, tegas Encik Lee. Beliau menarik perhatian bahawa tujuan perumahan awam adalah untuk didiami pemilik dan bukan untuk meraih keuntungan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.