Skip to main content

Singapura

Peraturan diperlukan bagi pupuk kepercayaan, keyakinan guna ruang siber

Norma dan undang-undang antarabangsa diperlukan untuk mengawal ruang siber bagi memupuk kepercayaan dan keyakinan serta merangsang pembangunan bagi ekonomi digital.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Jan 2019 07:49PM Dikemas Kini : 24 Jan 2019 09:58PM

SINGAPURA: Norma dan undang-undang antarabangsa diperlukan untuk mengawal ruang siber bagi memupuk kepercayaan dan keyakinan serta merangsang pembangunan bagi ekonomi digital.

Demikian ditekankan Menteri Perhubungan dan Penerangan, S Iswaran, dalam sesi perbincangan panel di Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davos.

"Untuk menekankan pentingnya mempunyai undang-undang antarabangsa - ruang siber berlandaskan peraturan dan norma-norma - itulah yang perlu dibincangkan dalam acara-acara antarabangsa atau bersama pertubuhan-pertubuhan seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Kami juga berkongsi tentang usaha-usaha yang dijalankan di ASEAN kerana matlamat kami adalah mengukuhkan lagi pemahaman dan komitmen mempunyai ruang siber yang selamat," kata Encik Iswaran.

Beliau menambah, amat penting untuk mesej itu ditekankan di WEF kerana ia akan membangunkan kesepakatan dan pemahaman bersama mengenai isu-isu berkaitan keselamatan siber.

Menteri Singapura itu berkata WEF juga memberi peluang kepada negara ini untuk berkongsi usaha-usaha yang dilakukannya bagi membanteras risiko siber serta mempelajari amalan terbaik dari merata dunia. 

Sumber : CNA/UR/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita