Skip to main content

Singapura

Peraturan baru bagi pemilik alat-alat mobiliti yang dibenarkan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Mar 2023 11:02PM Dikemas Kini : 03 Mar 2023 11:06PM
SINGAPURA: Pihak berkuasa akan mengenakan had terhadap saiz alat-alat mobiliti yang dibenarkan bergerak di jalan raya.

Lebarnya hendaklah tidak lebih daripada 1.3 meter, sementara ukuran panjang maksimum adalah 2.6 meter.

Ia menyusuli saranan daripada Panel Penasihat Mobiliti Aktif.

Panel itu menyatakan bahawa peraturan sebegitu akan memastikan bahawa para pengguna alat mobiliti boleh dengan selamat berkongsi ruang jalan dengan para pengguna lain.

"Walaupun alat-alat ini masih digunakan dalam jumlah yang kecil di sini, sudah tiba masanya peraturan kita disemak bagi memastikan bahawa peraturan menggunakannya jelas dan ia boleh digunakan dengan selamat di Singapura," kata Setiausaha Parlimen Kanan pengangkutan Baey Yam Keng.

"Dalam penilaian kami, kami berusaha mengimbangi antara mempermudah penggunaan lebih banyak peralatan serta memastikan keselamatan semua pengguna laluan dan jalan raya," tambahnya.
Sumber : CNA/DY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita