Peraturan baharu rumah urut berkuat kuasa 1 Dis; pengendali berkonsep terbuka diberi tempoh setahun untuk patuh
Rumah urut berkonsep terbuka tidak lagi dikecualikan daripada syarat pelesenan mulai 1 Disember 2026, di bawah peraturan baharu yang diumumkan Pasukan Polis Singapura (SPF).
Ruang tertutup menggunakan langsir di sebuah rumah urut berkonsep terbuka di pusat beli-belah Boon Lay, ketika serbuan polis pada 4 Jun 2026. (Gambar: CNA/Raydza Rahman)
- The Singapore Police Force (SPF) announced that open-concept massage parlours in Singapore will need a Category 3 licence from Dec 1, 2026, ending an exemption that has been in force since 2018.
- Existing operators may continue operating until Nov 30, 2027, while obtaining a licence, workers’ approval and land-use permission from HDB or URA, depending on the location.
- Services must be visible from both inside and outside the premises, with no enclosed rooms or partitions; all licensed massage parlours must display their licence poster and ensure workers are decently dressed.
- The measures follow an increase in vice activities and breaches of conditions, including 26 cases handled by HDB since January. SPF will conduct inspections, and operating without a licence carries a fine or jail term.
SINGAPURA: Rumah urut berkonsep terbuka tidak lagi dikecualikan daripada syarat pelesenan mulai 1 Disember 2026, di bawah peraturan baharu yang diumumkan Pasukan Polis Singapura (SPF).
Pengendali sedia ada diberi tempoh peralihan setahun, sehingga 30 November 2027, untuk mendapatkan lesen Kategori 3 dan kelulusan pekerja yang diperlukan.
Mereka boleh terus beroperasi sepanjang tempoh tersebut, namun perlu menghentikan operasi sekiranya gagal memenuhi syarat pelesenan menjelang tarikh akhir itu.
SPF menyatakan pada Khamis (5 Nov) bahawa semua pemohon lesen baharu perlu menjalani penilaian kelayakan dan kesesuaian sebelum lesen diluluskan.
Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat berkata pengendali juga perlu mendapatkan kelulusan penggunaan tanah daripada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) atau Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), bergantung pada lokasi premis.
Di bawah peraturan baharu, khidmat urut mesti dapat dilihat dengan jelas oleh pelanggan dan orang awam dari dalam serta luar premis.
Rumah urut berkonsep terbuka tidak dibenarkan mempunyai bilik, sekatan, kubikel atau langsir yang membolehkan khidmat urut diberikan secara tertutup.
SEMUA RUMAH URUT WAJIB PAMER POSTER LESEN
Semua rumah urut berlesen di bawah Kategori 1, 2 dan 3 juga diwajibkan mempamerkan poster yang dikeluarkan polis di bahagian hadapan premis.
Poster itu akan memaparkan butiran lesen serta pautan laman web untuk orang awam melaporkan sebarang pelanggaran kepada polis.
Pengendali sedia ada di bawah Kategori 1 dan 2 diberi tempoh sehingga 31 Januari 2027 untuk mematuhi syarat tersebut.
Kegagalan mempamerkan poster berkenaan merupakan satu kesalahan.
Pengendali Kategori 1 dan 2 juga tidak lagi perlu mendapatkan kelulusan awal polis bagi pakaian seragam pekerja, selagi mematuhi syarat yang ditetapkan.
Antaranya termasuk baju berlengan yang memaparkan nama atau logo rumah urut serta nama pekerja, selain seluar sekurang-kurangnya separas lutut.
Semua rumah urut berlesen turut diwajibkan memastikan pekerja berpakaian sopan ketika berada di premis.
26 KES KEGIATAN MAKSIAT DI PREMIS HDB DIAMBIL TINDAKAN
Langkah memperketat peraturan itu menyusuli peningkatan kegiatan maksiat dan pelanggaran syarat pengecualian lesen di rumah urut berkonsep terbuka.
Encik Chee mendedahkan bahawa sejak Januari tahun ini, HDB sudah mengambil tindakan terhadap 26 kes melibatkan kegiatan maksiat di premis kedai yang dijual dan disewakan.
Tindakan itu termasuk bekerjasama dengan pemilik kedai untuk mengusir pengendali yang melanggar peraturan serta menamatkan penyewaan premis.
Sebelum ini, rumah urut berkonsep terbuka dikecualikan daripada keperluan lesen sejak 2018, dengan syarat tertentu termasuk pendaftaran dengan polis.
Mereka yang disabitkan kesalahan mengendalikan rumah urut tanpa lesen sah boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Pesalah berulang pula boleh didenda sehingga S$20,000, dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
SPF menegaskan bahawa pemeriksaan berkala akan dijalankan dan tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pengendali yang melanggar peraturan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.