Peraturan baharu berkuat kuasa 19 Feb bagi kenderaan didaftar sebagai kereta sewa privet milik perniagaan
Mulai Rabu (19 Feb), tempoh wajib selama tiga tahun akan dikenakan ke atas semua kereta sewa privet yang baru didaftar atau kereta yang ditukar kepada kereta sewa privet milik syarikat, dan semua kenderaan sedemikian yang berpindah milik dari individu kepada syarikat.
- Mulai Rabu (19 Feb), tempoh wajib selama tiga tahun akan dikenakan ke atas semua kereta sewa privet yang baru didaftar atau kereta yang ditukar kepada kereta sewa privet milik syarikat, dan semua kenderaan sedemikian yang berpindah milik dari individu kepada syarikat.
- Peraturan baharu itu memastikan syarikat-syarikat perniagaan yang memperoleh kereta sewa privet seumpama itu berbuat demikian untuk tujuan menyewakannya kepada pemandu yang menyediakan khidmat kereta sewa privet, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam kenyataan medianya.
- Tempoh sekatan itu tidak akan dikenakan ke atas kereta sewa privet milik syarikat sedia ada yang sudah didaftarkan, ditukar atau dipindahkan sebelum 19 Feb.
- Pada November tahun lalu, Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat berkata di Parlimen bahawa pemacu utama kenaikan harga COE pada beberapa suku kebelakangan ini berkemungkinan disebabkan oleh permintaan kukuh daripada pembeli individu tempatan, dan bukan warga asing atau syarikat kereta sewa.
Tempoh tersebut akan dikuatkuasakan ke atas kenderaan yang mempunyai Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) dikeluarkan sebagai sebahagian daripada proses pembidaan berterusan, yang ditutup pada Rabu (19 Feb).
Peraturan baharu itu memastikan syarikat-syarikat perniagaan yang memperoleh kereta sewa privet seumpama itu berbuat demikian untuk tujuan menyewakannya kepada pemandu yang menyediakan khidmat kereta sewa privet, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam kenyataan medianya.
Ia juga bagi menghalang penukaran kenderaan sedemikian daripada skim kereta sewa privet sebelum tamat tempohnya, yang akan menjejas bekalan kenderaan yang tersedia bagi khidmat kereta sewa privet.
LTA pada asalnya berhasrat untuk mengumumkan peraturan baharu itu selepas bidaan COE semasa selesai dijalankan.
“Bagaimanapun, disebabkan oleh pendedahan maklumat yang tidak disengajakan oleh vendor kami NCS, yang tidak sepatutnya berlaku, sesetengah pemain industri menerima pemberitahuan mengenai tempoh wajib itu sebelum tarikh pengumuman yang dirancangkan,” tambah LTA.
“Untuk memastikan ia telus dan adil bagi semua pihak berkepentingan, LTA telah memutuskan untuk mempercepatkan pelaksanaan dasar baharu ini kepada 19 Feb, sebelum penutupan proses bidaan COE.”
Di bawah peraturan baharu itu, kereta sewa privet milik syarikat perniagaan dengan tempoh sedia ada masih boleh dipindahkan ke perniagaan lain dan baki tempoh sekatan akan dibawa ke perniagaan baharu.
Sungguhpun demikian, kereta sewa privet milik syarikat perniagaan dengan tempoh sekatan sedia ada tidak boleh dipindahkan kepada individu lain.
Tempoh sekatan itu tidak akan dikenakan ke atas kereta sewa privet milik syarikat sedia ada yang sudah didaftarkan, ditukar atau dipindahkan sebelum 19 Feb. Kenderaan tersebut boleh dipindahkan ke perniagaan lain tanpa mencetuskan tempoh sekatan itu.
Kereta sewa privet yang dimiliki oleh individu juga akan dikecualikan. Kenderaan sedemikian biasanya digunakan untuk menyediakan khidmat kereta sewa privet dan untuk perjalanan peribadi.
Pada November tahun lalu, Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat berkata di Parlimen bahawa pemacu utama kenaikan harga COE pada beberapa suku kebelakangan ini berkemungkinan disebabkan oleh permintaan kukuh daripada pembeli individu tempatan, dan bukan warga asing atau syarikat kereta sewa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.