Skip to main content

Singapura

Perarakan Keamanan dan Kemakmuran pecah rekod Asia Tenggara

Perarakan 'Keamanan dan Kemakmuran 2019', yang meraikan keamanan dan kemakmuran di negara ini bersempena dengan Dwiabad Singapura, berlangsung di The Float @ Marina Bay pada Sabtu malam (21 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Dec 2019 10:35PM Dikemas Kini : 22 Dec 2019 03:10PM

SINGAPURA: Perarakan "Keamanan dan Kemakmuran" 2019, yang meraikan keamanan dan kemakmuran di negara ini bersempena dengan Dwiabad Singapura, berlangsung di The Float @ Marina Bay pada Sabtu malam (21 Dis).

Acara tersebut yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Ong Ye Kung melibatkan lebih 5,000 peserta dan memecahkan dua rekod negara.

Perarakan itu bertujuan memupuk persefahaman dan menghargai kepelbagaian kaum dan agama di Singapura.

Selain itu, acara ini menyaksikan pertunjukan tarian singa terbesar di Asia Tenggara dengan 720 singa. Ia mencerminkan 720 tahun sejak Singapura ditemui Sang Nila Utama.

Dalam ucapannya, Menteri Pendidikan Ong Ye Kung mengimbas semula kemajuan negara selama ini dan menjangkakan masa depan akan lebih baik.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pula menyampaikan mesej menerusi rakaman video tentang pentingnya Singapura tidak mengambil mudah tentang kepelbagaian budayanya. 

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita