Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perarakan Chingay kembali setelah dua tahun diadakan secara maya

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Nov 2022 09:02PM Dikemas Kini : 24 Nov 2022 11:33PM
SINGAPURA: Perarakan Chingay akan kembali diadakan secara langsung tahun depan selepas dua tahun diadakan secara maya.

Lebih 20,000 penonton boleh menyaksikan persembahan penuh dengan pelbagai elemen dan interaksi.

Ramai anggota masyarakat, tidak kira usia, terlibat dalam menghasilkan sebuah kereta berhias mini untuk perarakan Chingay yang akan diadakan pada 3 dan 4 Februari tahun depan.

Buat julung-julung kalinya, orang ramai juga berpeluang mendekati kereta berhias ini di sebuah pameran seni selepas perarakan.

Dari 5 hingga 9 Februari pula, bangunan pit F1 akan dibuka kepada orang ramai dan akan menampilkan karya-karya seni para anggota masyarakat.

Antaranya adalah 'Rabbit Art-Venture' di mana lebih 1,000 pelajar dari lapan sekolah bekerjasama dengan artis tempatan untuk merealisasikan visi mereka berhubung tema Chingay.

Sempena Tahun Arnab, lebih 200 ekor arnab akan dihasilkan para pelajar dalam bentuk sebuah arca dengan grafiti 3D dan juga latar belakang futuristik.

Terdapat juga persembahan "Hype the Streets" iaitu muzikal di kawasan kejiranan oleh pelbagai kumpulan seni terpilih

Anda boleh mendapatkan tiket bagi perarakan Chingay tahun depan mulai Jumaat (25 Nov).
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan