Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peranti rosak punca gangguan jejas sistem rekod perubatan & janji temu, dedah MOH

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Sep 2022 04:41PM Dikemas Kini : 12 Sep 2022 11:58PM
SINGAPURA: Kerosakan peranti sepanjang dua bulan lalu menyebabkan gangguan rangkaian yang menjejas sektor jagaan kesihatan.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), kemudahan-kemudahan yang terjejas termasuk poliklinik dan hospital masyarakat.

Para pesakit juga berdepan dengan masa menunggu lebih lama hingga sejam di kemudahan-kemudahan yang terjejas.

Sesetengah pesakit perlu menunda janji temu sementara ada pesakit yang menunggu lebih lama untuk menerima ubat.

Institusi-institusi jagaan kesihatan yang terjejas sudah mengaktifkan pelan kontigensi untuk menangani gangguan itu.

Pelan sedemikian dikemas kini dari semasa ke semasa dan disertakan dalam latihan standard bagi kesemua pekerja jagaan kesihatan.

Kemudahan jagaan kesihatan yang lain pula memanfaatkan salinan cetak.

Hasil siasatan mendapati kerosakan sistem peranti di pusat-pusat data merupakan punca utama gangguan tersebut.

MOH sedang meneliti sebab-sebab di sebalik kelemahan itu.

"Huraian bagi sebilangan isu itu dihasilkan dan dilaksanakan. Bagi isu-isu lain, kami akan terus bekerjasama dengan pihak pengilang. Sementara itu, kami sudah menambah kapasiti rangkaian bagi memperluas penimbal operasi agar lebih berdaya bingkas," kata Menteri Negara Kanan Kesihatan, Dr Janil Puthucheary.
Sumber : CNA/ZM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan