Skip to main content

Singapura

Peranti bijak diagihkan kepada 1,000 penduduk Tampines pantau, jimat penggunaan air

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebuah alat baru untuk membantu para penduduk Tampines menjimatkan air. 

Sekurang-kurangnya 1,000 penduduk menerima meter air bijak ini untuk memantau penggunaan air setiap hari.

Ia dianggap berguna dalam penjimatan air, sedang jumlah penggunaan air di Singapura meningkat dua tahun berturut-turut. 

Ia juga sebahagian daripada rancangan pendigitalan agensi air negara PUB untuk sistem air Singapura.

Untuk membantu orang ramai lebih bertanggungjawab dalam menjimatkan air, meter air bijak ini digunakan bersama satu laman web.

Ia menawarkan jumlah air yang digunakan setiap jam dan memaklumkan pengguna jika terdapat pembaziran air.

Para pengguna juga boleh menentukan sasaran penggunaan air setiap bulan.

Selepas ujian enam tahun yang berakhir pada 2020, PUB mula memasang meter-meter air bijak di kawasan perumahan, komersil dan perindustrian seperti di Bukit Batok dan Jurong West. 

Fasa pertama program ini menyasarkan pemasangan 300,000 meter air bijak menjelang 2023. 

Sumber : CNA/IA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita