Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peranti bijak boleh mengintip anda? Berikut ini beberapa perkara harus diberi perhatian

Anggaran Waktu Membaca:
Peranti bijak boleh mengintip anda? Berikut ini beberapa perkara harus diberi perhatian

(Gambar: iStock/ Franck-Boston)

SINGAPURA: Lebih banyak rumah moden kini menggunakan kemudahan alat bijak. Kunci pintu bijak menawarkan kemudahan dan fleksibiliti dalam mengakses rumah kami, robot vakum memikul beban kerja rumah, dan pembantu suara menghubungkan anda dengan perkhidmatan online.

Bagaimanapunapakah kesan semua kemudahan itu, ke atas privasi anda?

Kunci pintu bijak mungkin mempunyai sensor cap jari, membolehkannya menyimpan beberapa maklumat biometrik anda - ciri sama yang mungkin anda gunakan untuk mengakses telefon bijak anda atau bagi pelepasan imigresen.

Vakum robot perlu "melihat" ke mana ia pergi, yang dibantu kamera atau lidar (pengesanan objek berasaskan cahaya dan jaraknya). Kedua-duanya boleh digunakan untuk membentuk imej tempat ia berada.

Pembantu suara mempunyai mikrofon yang direka untuk 'mendengar' suara dengan jelas dari jauh, tetapi ini bermakna ia juga boleh mendengar perbualan paling peribadi anda.

KEPRIHATINAN TENTANG KESELAMATAN DATA

Pada 2019, agensi berita Belgium VRT melaporkan bahawa peranti dan aplikasi Google menghantar audio kepada pekerja di seluruh dunia untuk membaiki ketepatan sofwe pengecaman pertuturannya. Pembantu suara itu secara tidak sengaja menangkap perbualan peribadi dengan maklumat sensitif, mencetuskan perdebatan sama ada isu berhubung privasi adalah lebih serius daripada yang dijangkakan.

Ibu bapa yang mempunyai anak kecil bimbang kemungkinan monitor bayi digodam.

Alat memantau bayi membolehkan ibu bapa memantau anak mereka menggunakan telefon bijak mereka, tetapi is juga membuka peluang bagi penggodam melakukan perkara yang sama, malah bercakap dengan mangsa menggunakan audio dua hala.

Contoh-contoh itu menonjolkan dua bidang kebimbangan yang mesti ditangani: Pertama, data apa yang dikumpul pengeluar peranti bijak, tujuan menggunakan data tersebut dan cara mereka memastikannya selamat; kedua, bagaimana penyerang boleh mengambil data itu dan menggunakannya terhadap pengguna.

Justeru, lebih banyak perlu dilakukan untuk menerapkan amalan terbaik ke dalam pembangunan peranti, mengawal cara data boleh digunakan dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna.

TEKNOLOGI, PERATURAN BARU UNTUK KESELAMATAN SIBER LEBIH BAIK

Terdapat beberapa cara untuk memelihara keselamatan data.

Dalam industri itu sendiri, ada peningkatan pada teknologi keselamatan, contohnya Wi-Fi Protected Access 3 (WPA3), standard perlindungan terkini untuk Wi-Fi.

WPA3 menjadikannya lebih sukar bagi peranti yang menggunakan rangkaian sama di rumah untuk mengintip trafik tanpa wayar satu sama lain.

Dengan lebih banyak peranti bijak berasaskan Wi-Fi digunakan di rumah, teknologi sedemikian menyukarkan peranti bijak untuk mengakses aktiviti online anda. Namun, menaik taraf kepada WPA3 tidak selalunya mudah, kerana banyak peranti masih tidak menyokongnya.

Selain kemajuan teknologi, syarikat juga semakin terbuka bagi penelitian dibuat oleh pekerja dan pakar luar.

Di Singapura, Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) menentukan cara syarikat mengendalikan data peribadi, termasuk yang dikumpul oleh peranti bijak dan disimpan pengilang. Disebabkan perlunya pendedahan dibuat serta denda dikenakan kerana pelanggaran data, syarikat juga terdorong untuk melindungi data pengguna, dan berhati-hati dengan data yang kumpulkan untuk mengurangkann risiko.

Langkah untuk mengawal selia peranti bijak juga disediakan. Agensi Keselamatan Siber Singapura baru-baru ini melancarkan Skim Pelabelan Keselamatan Siber (CLS), yang menyediakan kaedah untuk menguji dan mengklasifikasikan keselamatan peranti bijak.

Pengilang kemudian boleh mengisytiharkan label tersebut apabila menjual produk mereka. Singapura, Finland dan Jerman juga mengiktiraf skim label negara satu sama lain.

PENGGUNA MAIN PERANAN

Sebagai pengguna, adalah tanggungjawab utama anda untuk tahu apa yang ana bawa masuk ke rumah anda, dan memastikan ia dianggap selamat.

Jangan tangguh mengaktifkan ciri keselamatan dan jangan abaikan gesaan untuk mengemas kini arahan keselamatan pada peranti anda.

Akhir sekali, barang diingat bahawa isu keselamatan tidak statik. Apa yang anda fikirkan selamat sebelum ini mungkin tidak begitu kemudian. Kita harus bersedia untuk bertindak balas.
 
Sumber : CNA/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan