Perangkap tikus elektrik diuji buat kali pertama di Pasir Ris West
Perangkap tikus elektrik sedang diuji buat kali pertama oleh sebuah kelab masyarakat di Pasir Ris West.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perangkap tikus elektrik sedang diuji buat kali pertama oleh sebuah kelab masyarakat di Pasir Ris West.
Ia bertujuan untuk mengurangkan penggunaan umpan beracun.
Majlis bandarannya sedang menggunakan huraian teknologi sedemikian dalam kempen menghapuskan masalah tikus sebelum ia menjadi tidak terkawal.
Ini merupakan perangkap bijak yang menggunakan renjatan elektrik untuk membunuh tikus, bukan kaedah tradisional yang menggunakan racun.
Apabila seekor tikus memasukinya, perangkap itu mengesan haba badannya dan mengangkatnya.
Ia kemudian menyentuh jeriji berwarna kuning yang mengenakan renjatan elektrik selama kira-kira dua minit.
Bangkai tikus kemudian digugurkan ke dalam sebuah tong.
Ini bermakna, perangkap boleh digunakan semula serta-merta.
"Apa yang saya mahu lakukan ialah mencari cara yang berkesan secepat mungkin. Kita perlu hapuskan tikus-tikus ini, tetapi cara kita melakukannya juga penting. Kami tidak mahu sesuatu yang menyakitkan atau berpanjangan," kata AP GRC Pasir Ris-Changi, Indranee Rajah.
Majlis bandaran tersebut juga mendapatkan khidmat pakar untuk menghapuskan masalah yang meresahkan penduduk.
Sejak April, mereka memulakan rancangan untuk mengurangkan bilangan tikus.
Ia melibatkan penggunaan kamera terma bagi mengesan lubang-lubang tikus.
Serbuk racun konvensional kemudiannya diletakkan di pintu masuk dan keluar lubang tersebut.
"Serbuk ini lebih berkesan kerana tikus sering membersihkan diri mereka. Apabila serbuk melekat pada bulu, ia akan ditelan semasa haiwan itu menjilat bulunya, dan kemudian racun itu akan mula bertindak," kata Pengarah Urusan di Wipeout Pest Control Services, Adrian Theseira.
Setakat ini, hasilnya amat memberangsangkan, dengan jumlah lubang tikus yang dikesan merosot dengan ketara.
Aduan mengenai masalah tikus juga merosot empat kali ganda berbanding bulan April.

Sumber : CNA/QA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.