Perangi perubahan iklim keutamaan & tumpuan SG-Brazil, kata Vivian Balakrishnan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Kementerian Ehwal Luar)
SINGAPURA: Memerangi perubahan iklim adalah "keutamaan" dan "tumpuan" bagi Singapura dan Brazil.
Demikian menurut Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan pada Isnin (17 Apr).
Berucap di sidang media bersama rakan sejawatannya Mauro Vierea sebelum mengakhiri lawatan tiga hari ke Brazil pada Selasa (18 Apr), Dr Balakrishnan berkata bahawa kedua-dua negara bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama iklim, terutama sekali terhadap pembangunan "pasaran karbon global yang adil, inklusif dan berfungsi dengan baik".
Kedua-dua menteri berikrar untuk bekerja sama dalam isu perubahan iklim dengan mempercepatkan pelaksanaan komitmen di bawah Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) dan Perjanjian Paris.
Mereka bersetuju untuk mendalami kerjasama dua hala berhubung kewangan mampan dan penyahkarbonan, serta memulakan rundingan mengenai bidang seperti amalan terbaik berkaitan pasaran karbon, menurut Kementeritan Ehwal Luar (MFA).
Ini termasuk rangka kerja kawal selia negara, dan dasar-dasar yang mengawal pengurusan dan pembangunan kegiatan pengurangan gas rumah hijau.
Kedua-dua Singapura dan Brazil berhasrat untuk bekerjasama ke arah rangka kerja kerjasama dua hala di bawah Perkara 6 Perjanjian Paris menjelang atau ketika COP28. Sidang puncak itu akan berlangsung di Dubai dari November hingga Disember 2023, dengan tujuan untuk merundingkan Perjanjian Pelaksanaan.
Dr Balakrishan dan Encik Viera juga mengiktiraf dan bersetuju tentang pentingnya memastikan peralihan tenaga dan pengurangan pelepasan dalam sektor tenaga pada peringkat tempatan dan global dilakukan dengan "adil dan saksama", menurut MFA.
Kedua-dua menteri tersebut juga mengalu-alukan pertumbuhan dalam perdagangan dan pelaburan antara Singapura dengan Brazil sejak kebelakangan ini.
Dr Balakrishnan menambah bahawa hubungan kedua-dua negara sudah "berkembang dengan pesat".
BRAZIL SUMBER MAKANAN PENTING BAGI PASARAN SINGPIURA
Brazil adalah rakan perdagangan terbesar Singapura di Amerika Latin, sama juga bagi Brazil di Asia Tenggara, menurut MFA.
Dr Balakrishnan juga menarik perhatian kepada perdagangan antara kedua-dua negara yang berkembang dengan pesat, terutama sekali sejak sedekad lalu.
Pada 2022, perdagangan dua hala bagi barangan meningkat lebih 70 peratus tahun demi tahun walaupun berada di tengah-tangah pandemik COVID-19.
Kedua-dua menteri mengiktiraf pelaburan Singapura dalam pembangunan prasarana dan logistik Brazil, serta peranannya bagi perniagaan Brazil di Asia Tenggara.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.