PERANG TIMUR TENGAH: Jemaah umrah SG dinasihat pertimbang tangguh perjalanan ke Arab Saudi susuli risiko keselamatan: MUIS
- MUIS advised Singaporeans to consider postponing umrah travel to Saudi Arabia after the MFA on Oct 13 urged that all travel be deferred because of heightened security risks.
- MUIS acknowledged that umrah is important to pilgrims and their families, especially those who have long been preparing and saving money, but stressed the need for caution.
- For existing bookings, MUIS is in contact with umrah agents so that they provide clear information and, where possible, offer postponements or rescheduling fairly.
- Singaporeans in Saudi Arabia were asked to follow official instructions, contact their agents and airlines, register on the MFA's eRegister, and seek consular assistance if needed.
- MUIS menasihatkan warga Singapura mempertimbangkan penangguhan umrah ke Arab Saudi selepas MFA pada 13 Oktober menggesa semua perjalanan ditangguhkan kerana risiko keselamatan meningkat.
- MUIS mengakui umrah penting bagi jemaah dan keluarga, terutama yang sudah lama bersiap serta menyimpan wang, namun menekankan keperluan berjaga-jaga.
- Bagi tempahan sedia ada, MUIS berhubung dengan ejen umrah supaya memberi maklumat jelas dan, jika boleh, menawarkan penangguhan atau penjadualan semula secara adil.
- Warga Singapura di Arab Saudi diminta ikut arahan rasmi, hubungi ejen dan syarikat penerbangan, daftar eRegister MFA, serta dapatkan bantuan konsular jika perlu.
SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menasihatkan warga Singapura yang merancang menunaikan umrah supaya mempertimbangkan untuk menangguhkan perjalanan ke Arab Saudi buat sementara waktu, sedang risiko keselamatan di negara itu kekal tinggi.
Nasihat itu menyusuli kemas kini nasihat perjalanan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 13 Oktober, yang menggesa warga Singapura menangguhkan semua perjalanan ke Arab Saudi berikutan risiko keselamatan yang meningkat.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu (14 Okt) MUIS berkata ia memahami perjalanan umrah amat bermakna bagi para jemaah dan keluarga mereka, khususnya mereka yang sudah lama membuat persiapan dan menyimpan wang untuk menunaikan ibadah tersebut.
Namun, MUIS meminta masyarakat memahami keperluan mengambil langkah berjaga-jaga dan mempertimbangkan untuk menangguhkan perjalanan selagi risiko keselamatan kekal tinggi.
MUIS LIBATKAN EJEN UMRAH, GALAK ATURAN FLEKSIBEL
Bagi mereka yang sudah membuat tempahan umrah, MUIS sedang berhubung dengan ejen-ejen pelancongan umrah bagi menggalakkan mereka memberikan maklumat yang jelas serta, jika boleh, menawarkan aturan fleksibel untuk penangguhan atau penjadualan semula perjalanan.
MUIS turut mengakui bahawa penangguhan atau penjadualan semula perjalanan mungkin menyebabkan perubahan kepada kos bagi sesetengah jemaah.
Sehubungan itu, para pengendali digesa mengendalikan kes-kes berkenaan dengan penuh pertimbangan, adil dan memahami keadaan jemaah.
JEMAAH DI ARAB SAUDI DIMINTA IKUT NASIHAT RASMI
Bagi warga Singapura yang kini berada di Arab Saudi, MUIS menasihatkan mereka supaya kekal tenang serta mengikuti arahan pihak berkuasa tempatan dan MFA.
Mereka juga diminta terus berhubung dengan ejen pelancongan dan syarikat penerbangan masing-masing.
Warga Singapura yang berada di Arab Saudi, serta mereka yang perlu melakukan perjalanan ke negara itu, turut digalakkan mendaftar dengan sistem eRegister MFA bagi memudahkan bantuan diberikan jika diperlukan.
Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Riyadh, Konsulat Jeneral Singapura di Jeddah atau Pejabat Bertugas 24 jam MFA di +65 6379 8800 atau +65 6379 8855.
MUIS menyatakan ia akan terus memantau perkembangan dengan teliti dan menyelaraskan usaha dengan agensi pemerintah yang relevan bagi memberikan maklumat terkini jika diperlukan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.