Skip to main content

Singapura

PERANG TIMUR TENGAH: Ejen pelancongan SG tingkat langkah keselamatan, teliti aturan alternatif bagi jemaah umrah

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Oct 2026 06:18PM Dikemas Kini : 11 Nov 2026 10:50AM
MIDDLE EAST WAR: Singapore travel agencies step up safety measures, review alternative arrangements for umrah pilgrims
  • Singapore umrah agents have stepped up safety measures after MUIS advised on Oct 14 to postpone travel to Saudi Arabia because security risks remained high.
  • Shahidah Travel & Tours said pilgrims in the Oct 22 group still wanted to depart, while the agency complied with instructions from MUIS and MFA.
  • The agency registered pilgrims on MFA's eRegister, prepared documents, appointed a communications officer and advised 18 pilgrims in Saudi Arabia to stay close to the group.
  • Hamidah Travel & Tours was also discussing alternative options with hotels and airlines, including the possibility of waiver fees if cancellations were not made by the airline.
Dijana oleh AI

SINGAPURA: Ejen-ejen pelancongan umrah di Singapura sedang mengambil langkah susulan bagi jemaah mereka, menyusuli nasihat agar perjalanan ke Arab Saudi ditangguhkan buat sementara waktu.

Langkah-langkah tersebut termasuk memperketatkan langkah keselamatan bagi jemaah yang masih ingin meneruskan perjalanan, serta meneliti pilihan tersedia dan mengusahakan langkah terbaik bagi jemaah.

Ia menyusuli nasihat Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada Rabu (14 Okt) agar warga Singapura mempertimbangkan untuk menangguhkan perjalanan umrah selagi risiko keselamatan di Arab Saudi kekal tinggi.

Ketika dihubungi BERITA Mediacorp, Pengarah Urusan Shahidah Travel & Tours, Haji Ayoob Angullia berkata bahawa jemaahnya yang dijadualkan berangkat pada 22 Oktober masih ingin meneruskan perjalanan.

"Shahidah selalu berjaga-jaga dan patuhi apa-apa arahan daripada MFA dan daripada pihak MUIS, dan sekarang ini kita arahkan ketua rombongan untuk tanya jemaah sama ada mereka berangkat pada 22 Oktober," katanya.

Beliau turut berkongsi bahawa beberapa langkah keselamatan telah dilaksanakan.

Antaranya, memastikan salinan pasport dan gambar berukuran pasport jemaah tersedia.

Agensi tersebut juga sudah mendaftar dengan sistem pendaftaran eRegister Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan melantik seorang pegawai komunikasi untuk berhubung dengan para jemaah serta keluarga mereka.

"Arahan sudah diberi kepada kita untuk daftarkan pada e-portal MFA. Alhamdulillah, Saya sudah lakukan dan kakitangan saya sudah lakukan, dan kita telah daftarkan semua nama jemaah di dalam portal MFA," ujar Haji Ayoob.

Buat masa ini, seramai 18 jemaah Shahidah Travel & Tours kini berada di Arab Saudi, dan dijadualkan pulang pada 19 Oktober.

Jemaah di sana dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan menerusi WhatsApp dan tidak bergerak terlalu jauh daripada kumpulan.

Mereka juga perlu memaklumkan keberadaan masing-masing kepada pegawai bertugas supaya dapat dihubungi dan dikumpulkan dengan segera sekiranya berlaku kecemasan.

Haji Ayoob berkata pihaknya akan terus memantau keadaan yang berlaku di Arab Saudi.

HAMIDAH TRAVEL & TOURS TELITI ATURAN ALTERNATIF

Dalam pada itu, Hamidah Travel & Tours menyatakan dalam satu kenyataan bahawa ia sedang berbincang dengan pihak hotel dan syarikat penerbangan untuk meneliti pilihan yang tersedia bagi jemaahnya.

Menurut agensi tersebut, beberapa syarikat penerbangan memaklumkan bahawa jika tiada pembatalan dari pihak mereka, bayaran pengecualian akan dikenakan.

Hamidah Travel & Tours meminta jemaah yang terjejas untuk memberi sedikit masa bagi menyelesaikan perbincangan dan mendapatkan pengesahan mengenai aturan yang boleh dilakukan.

Sumber : BERITA Mediacorp/AE/ak
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita