Skip to main content

Singapura

PERANG TIMUR TENGAH: 2 kapal berdaftar SG dibedil di Selat Hormuz, satu daripadanya karam

Anggaran Waktu Membaca:
PERANG TIMUR TENGAH: 2 kapal berdaftar SG dibedil di Selat Hormuz, satu daripadanya karam

Kapal-kapal di Selat Hormuz, dilihat dari Musandam, Oman, pada 2 Oktober 2026. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 14 Oct 2026 09:27PM
Middle East war: 2 Singapore-registered ships shelled in the Strait of Hormuz, one of them sank
  • MPA reported that two Singapore-registered container ships, Gfs Pride and Gfs Giselle, were hit by unidentified objects while transiting the Strait of Hormuz on Oct 13 and 14.
  • Gfs Pride was damaged, caught fire and sank, but all 21 crew members were evacuated without injury.
  • Gfs Giselle suffered damage to its hull, but all 22 crew members were safe and the vessel continued its voyage to a safe anchorage area.
  • MPA is monitoring the situation, is in contact with the ship managers, and condemned the attack as a violation of international law that endangered seafarers.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Dua kapal kontena berdaftar Singapura dibedil objek yang tidak dikenal pasti ketika melalui Selat Hormuz, dengan salah sebuah kapal karam selepas mengalami kerosakan dan kebakaran, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) pada Rabu (14 Okt).

Kedua-dua kapal, Gfs Pride dan Gfs Giselle, dilaporkan terkena objek tersebut masing-masing pada 13 dan 14 Oktober, waktu Singapura.

Gfs Pride mengalami kerosakan sebelum kebakaran tercetus di atas kapal itu, yang kemudian karam. Kesemua 21 anak kapal berjaya dipindahkan dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan, menurut MPA.

Gfs Giselle pula mengalami kerosakan pada badan kapal, namun masih dapat meneruskan pelayaran menggunakan kuasa enjinnya sendiri ke kawasan berlabuh yang selamat. Kesemua 22 anak kapal berada dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.

Tiada rakyat Singapura dalam kalangan anak kapal kedua-dua kapal tersebut.

MPA menyatakan pihaknya sedang berhubung dengan syarikat pengurusan kapal berkenaan dan memantau keadaan dengan teliti.

"MPA amat prihatin terhadap serangan berterusan ke atas kapal perdagangan di Selat Hormuz, termasuk insiden terbaharu yang melibatkan dua kapal berdaftar Singapura," menurut agensi itu.

"Serangan sedemikian dilakukan tanpa provokasi, tidak boleh diwajarkan dan merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa," tambah MPA.

"Semua tindakan yang menjejas perkapalan antarabangsa mesti mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS), dan tidak boleh membahayakan keselamatan pelaut serta kapal di laut."
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita