Perang di Timur Tengah tambah tekanan selepas perang Rusia-Ukraine: Grace Fu
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Mediacorp
SINGAPURA: Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata perang yang sedang berlaku di Timur Tengah telah menambah tekanan selepas perang Rusia-Ukraine.
Ini berhubung kesan terhadap tindakan iklim sejagat.
Beliau menjelaskan bahawa konflik berkenaan misalnya telah mengakibatkan turun naik harga makanan.
Cik Fu menambah bahawa faktor-faktor tersebut menjejas rundingan berhubung menggunakan pendekatan tenaga bersih dan boleh diperbaharui.
"Maka itu adalah lebih penting sekarang, untuk mendapatkan sokongan antarabangsa bagi tindakan iklim. Kami bercakap mengenai akses kepada modal. Kami bercakap tentang akses kepada teknologi dan juga dalam cara yang dimampui dan adil. Dan apabila pemerintah tidak dapat campur tangan, disebabkan kekangan, disebabkan kedudukan fiskal yang sudah dilemahkan oleh COVID-19, saya rasa sektor swasta harus tampil ke hadapan," ujar Cik Fu.
Cik Fu berkata demikian dalam satu perbincangan panel di "Conscious Festival", sebuah acara yang menggalakkan kehidupan mampan dan tindakan iklim.
Acara berkenaan menyaksikan beberapa ceramah dan bengkel dianjurkan, serta para vendor yang terlibat sama menawarkan produk seperti pakaian 'upcycle'.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.