Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perang dagang AS-China 'tidak sepatutnya perlahankan' Inisiatif BRI: Heng Swee Keat

Menteri Kewangan Heng Swee Keat melahirkan keyakinan bahawa perang perdagangan yang berterusan antara Amerika Syarikat dengan China "tidak sepatutnya menjejas" momentum Jaluran Ekonomi Laluan Sutera China (BRI) yang diusulkan China selagi terdapat sokongan untuk integrasi ekonomi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jan 2019 12:40PM Dikemas Kini : 24 Jan 2019 12:09AM

SINGAPURA: Menteri Kewangan Heng Swee Keat melahirkan keyakinan bahawa perang perdagangan yang berterusan antara Amerika Syarikat dengan China "tidak sepatutnya menjejas" momentum Jaluran Ekonomi Laluan Sutera China (BRI) yang diusulkan China selagi terdapat sokongan untuk integrasi ekonomi.

Inisiatif tersebut yang didedahkan pada 2013, bertujuan untuk membangunkan sebuah rangkaian infrastruktur menghubungkan China melalui darat dan laut ke Asia Tenggara, Asia Tengah, Timur Tengah, Eropah dan Afrika.

Berucap di sesi panel mengenai BRI di Forum Ekonomi Dunia, Encik Heng menarik perhatian bahawa keadaan geopolitik akan "tentunya" menjejas kelancaran kemajuan inisiatif tersebut serta sistem perdagangan antarabangsa.

Bagaimanapun, beliau menekankan pentingnya meneroka projek-projek yang berdaya maju dari segi ekonomi dan menyediakan peraturan undang-undang yang betul. Ini dapat menunjukkan kepada dunia bahawa pertikaian perdagangan tidak akan menjejas integrasi ekonomi jangka panjang.

Awal sebelum itu, Encik Heng mengongsi pandangannya mengenai pentingnya ekonomi-ekonomi dunia dibangunkan semula, untuk meraih sepenuhnya manfaat daripada perdagangan bebas.

Walaupun perdagangan bebas berupaya mendorong pertumbuhan, sebahagian pihak meraih manfaat daripadanya dan sebahagiannya tidak. Mereka yang berasa ketinggalan menentangnya, kata Encik Heng.

PROJEK-PROJEK INFRASTRUKTUR

Encik Heng juga menyifatkan BRI sebagai "projek infrastrktur utama" dan mengutarakan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan projek-projek besar sedemikian.
Cabaran pertama adalah projek itu mesti berdaya maju dari segi ekonomi. Ini bermakna, ia akan menghasilkan bukan saja pulangan komersil, tetapi juga memberi manfaat kepada orang ramai, katanya.

Kedua, projek infrastruktur itu perlu berupaya menarik pelaburan kerana projek-projek sebegitu, khususnya di Asia amat besar dan tidak ada satu pemerintah yang dapat membiayainya secara sendirian.

Memberi Singapura sebagai contoh, beliau menarik perhatian terhadap pilihan raya yang berlangsung setiap lima tahun, maka itu pihak berkuasa perlu memastikan apa juga projek yang dipersetujuinya akan dapat diteruskan dan dihormati oleh Pemerintah seterusnya.

Encik Heng menghadiri mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia ke-49 dengan Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam dan Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan