Skip to main content

Singapura

Perang Amerika, Israel dan Iran: SG miliki bekalan LNG mencukupi bagi baki tahun 2026, kata Ketua Eksekutif EMA

Singapura sudah mendapatkan bekalan kargo gas asli cecair (LNG) yang mencukupi untuk menggantikan bekalan yang terjejas dari Qatar bagi baki tahun 2026, sekali gus memastikan negara itu mempunyai 100 peratus bekalan gas yang diperlukannya, kata Ketua Eksekutif Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) Singapura, Puah Kok Keong, pada Rabu (3 Jun) di Houston.

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: SG miliki bekalan LNG mencukupi bagi baki tahun 2026, kata Ketua Eksekutif EMA

Model kapal tangki gas asli cecair (LNG) dipaparkan dalam ilustrasi yang dirakam pada 19 Mei 2022. (Gambar: REUTERS/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 04 Jun 2026 12:16PM
HOUSTON: Singapura sudah mendapatkan bekalan kargo gas asli cecair (LNG) yang mencukupi untuk menggantikan bekalan yang terjejas dari Qatar bagi baki tahun 2026, sekali gus memastikan negara itu mempunyai 100 peratus bekalan gas yang diperlukannya, kata Ketua Eksekutif Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) Singapura, Puah Kok Keong, pada Rabu (3 Jun) di Houston.

Kargo-kargo gantian LNG tersebut dibeli daripada pembekal di Australia, Amerika Syarikat dan Afrika, kata Encik Puah kepada Reuters dalam satu temu bual.

Menurut beliau, jika gangguan bekalan dari Qatar - yang berpunca daripada perang antara Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran - berakhir dalam tempoh beberapa bulan akan datang, Singapura mempunyai pilihan untuk menjual semula kargo gantian tersebut.

Qatar membekalkan 10 peratus daripada gas asli yang digunakan Singapura untuk menjana elektrik, bersamaan satu kargo sebulan, kata Encik Puah.

Beliau menambah bahawa Singapura berminat untuk membeli lebih banyak LNG, namun akan mendapatkannya daripada pelbagai pembekal termasuk Amerika Syarikat, Australia, Afrika dan Timur Tengah bagi mengurangkan risiko.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita