Perang Amerika, Israel dan Iran: SG-Malaysia tekan peranan penting diplomasi berterusan demi jamin huraian berkekalan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: PMO/Ken Chua)
SINGAPURA: Singapura dan Malaysia bersetuju tentang pentingnya diplomasi yang berterusan demi menjamin penyelesaian yang berkekalan terhadap krisis di Timur Tengah.
Demikian menurut Perdana Menteri Lawrence Wong menerusi catatan di akaun Facebook beliau pada Isnin (20 Apr).
Beliau berkata demikian selepas bercakap dengan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menerusi panggilan telefon untuk membincangkan perkembangan terkini di Timur Tengah.
"Kami juga membincangkan bagaimana Singapura dan Malaysia boleh bekerjasama dengan lebih erat untuk memperkukuh daya tahan rantaian bekalan.
"Pada waktu sebegini, adalah lebih penting bagi jiran rapat seperti Singapura dan Malaysia untuk kekal selaras dan saling menyokong antara satu sama lain," tambah PM Wong.

Sementara itu, PM Anwar menerusi catatan di akaun Facebook turut berkongsi perbualan beliau dengan PM Wong menerusi panggilan telefon tersebut.
Beliau berkata kedua-dua negara menyambut baik gencatan senjata sementara melibatkan Amerika Syarikat, Iran, Israel serta Lubnan menyusuli perang di Timur Tengah.
"Saya tegaskan keperluan mendesak untuk semua pihak menyokong penyelesaian yang lebih menyeluruh dan berkekalan,” katanya lagi.

PM Anwar berkata pada masa yang sama,Malaysia menegaskan pentingnya mengekalkan kebebasan dan keselamatan laluan maritim di Selat Hormuz selaras dengan undang-undang antarabangsa.
Perdana Menteri itu menambah Malaysia juga menyokong usaha diplomatik yang sedang digerakkan termasuk peranan Pakistan dalam membuka ruang dialog.
Menyentuh mengenai isu tenaga, beliau berkata perbincangan beliau dengan PM Wong turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh daya tahan sistem grid serta menangani cabaran keseimbangan penawaran dan permintaan termasuk mempercepatkan pelaksanaan Grid Tenaga ASEAN sebagai langkah strategik serantau.
PM Anwar berkata Malaysia dan ASEAN akan terus berusaha untuk kekal berdaya tahan dalam mendepani ketidaktentuan global melalui kerjasama erat serta pendekatan berpaksikan kepentingan rakyat.

Sumber : BERITA Mediacorp/Bernama/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.