Perang Amerika, Israel dan Iran: SG gesa negara serantau percepat pembangunan grid tenaga ASEAN
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail panel suria.
SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan menggesa negara-negara di rantau ini supaya mempercepat pembangunan grid tenaga ASEAN.
Beliau berkata ia akan memangkinkan pelaburan dalam infrastruktur boleh diperbaharui dan mengukuhkan daya tahan bagi krisis masa hadapan.
Ini di tengah-tengah gangguan rantaian bekalan tenaga global.
Berucap di Mesyuarat Khas Kedua Menteri Luar ASEAN, Dr Balakrishnan berkata negara-negara tersebut bersetuju untuk mengukuhkan daya tahan tenaga mereka.
Beliau turut menggesa agar Perjanjian Keterjaminan Petroleum ASEAN dimeterai dengan lebih pantas.
Ini akan membolehkan negara anggota berkongsi bekalan petroleum semasa kecemasan bekalan.
Dr Balakrishnan menambah negara serantau perlu bersama-sama mengukuhkan kerjasama bekalan makanan dan integrasi perdagangan.
Beliau menegaskan lagi bahawa Singapura akan terus bekerjasama dengan negara-negara anggota untuk mengukuhkan daya tahan jangka panjang rantau ini.

Sumber : CNA/AK/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.