Perang Amerika, Israel dan Iran: SG antara 4 negara tuntut Selat Hormuz dibuka semula tanpa halangan, syarat tertentu
Anggaran Waktu Membaca:
Wakil Tetap Singapura ke PBB Burhan Gafoor berucap semasa sesi Perhimpunan Agung PBB 16 Apr 2026. (Gambar: PBB)
SINGAPURA: Singapura sudah menyertai Fiji, Jamaica, dan Malta dalam menuntut agar Selat Hormuz dibuka semula tanpa sebarang sekatan dan syarat-syarat tertentu.
Langkah ini diambil selepas satu ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk membuka semula laluan air penting itu telah diveto minggu lalu.
Wakil Tetap Singapura ke PBB, Burhan Gafoor, menyampaikan kenyataan bersama bagi pihak keempat-empat negara tersebut dalam mesyuarat Sesi ke-80 Perhimpunan Agung PBB pada Khamis (16 April).
Mesyuarat itu diadakan untuk membincangkan penggunaan kuasa veto oleh Rusia dan China terhadap draf ketetapan mengenai situasi di Timur Tengah.
Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan pada Jumaat (17 Apr) bahawa ketetapan tersebut sepatutnya mengesahkan semula bahawa semua kapal dan pesawat mempunyai hak untuk melalui Selat Hormuz tanpa sebarang halangan atau syarat-syarat tertentu, selaras dengan undang-undang antarabangsa seperti yang termaktub dalam Konvensyen Undang-Undang Laut PBB (UNCLOS) 1982.
MFA menyatakan Fiji, Jamaica, Malta, dan Singapura sudah banyak menyumbang dalam rundingan dan penggubalan UNCLOS, serta mempunyai kepentingan yang berterusan terhadap pelaksanaannya.
Kenyataan bersama itu menggesa semua pihak yang terlibat supaya mematuhi kewajipan di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk memulihkan laluan transit tanpa halangan melalui Selat Hormuz, serta menjamin keselamatan anak kapal dan kapal.
Kenyataan itu juga menekankan bahawa hak laluan transit sangat penting bagi perdagangan maritim antarabangsa. Bagi negara pulau kecil dan negara membangun yang ekonominya bergantung kepada perdagangan, gangguan terhadap laluan tersebut memberi kesan buruk yang teruk kepada daya tahan ekonomi dan keselamatan tenaga.
Undian pada 7 April menunjukkan keputusan 11-2, dengan Pakistan dan Colombia berkecuali. Untuk sesuatu ketetapan diterima, ia memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undi menyokong tanpa sebarang veto daripada lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB (Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Rusia, dan China).
Rusia dan China mempertahankan tindakan mereka untuk menggunakan kuasa veto. Mereka memetik ancaman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk "menghapuskan tamadun Iran" sebagai bukti bahawa saranan tersebut akan memberi "cek kosong" kepada Amerika Syarikat dan Israel untuk meneruskan pencerobohan.
Iran menutup sebahagian besar selat tersebut kepada kapal-kapal asing sejak serangan udara Amerika Syarikat-Israel bermula pada 28 Februari lalu. Walaupun gencatan senjata selama dua minggu dipersetujui pada 8 April, rundingan di Pakistan pada hujung minggu lalu gagal mencapai kata sepakat. Akibatnya, Encik Trump mengisytiharkan akan mengenakan kepungan terhadap laluan tersebut.
Dalam menyampaikan kenyataan tersebut, Encik Gafoor berkata bagi negara-negara kecil, kedaulatan undang-undang antarabangsa adalah soal kelangsungan hidup. Beliau melahirkan rasa kecewa kerana tiada persetujuan dicapai mengenai draf ketetapan itu.
Beliau menegaskan bahawa hak transit melalui Selat Hormuz termaktub dalam undang-undang antarabangsa dan mengikat semua negara, tanpa mengira sama ada mereka anggota UNCLOS ataupun tidak.
"Laluan transit terpakai semasa waktu aman dan perang. Hak ini tidak bergantung kepada sebarang lesen atau bayaran. Ia adalah hak sedia ada bagi kapal dan pesawat untuk melintas tanpa perlu kebenaran terlebih dahulu," katanya.
PENDIRIAN SINGAPURA
Encik Gafoor turut menyampaikan Kenyataan Negara Singapura yang mengalu-alukan pengumuman gencatan senjata selama dua minggu dan menggesa Amerika Syarikat serta Iran untuk meneruskan dialog bagi mencapai keamanan yang berkekalan. Singapura juga menyokong kenyataan yang dibuat oleh Filipina bagi pihak ASEAN yang melahirkan kebimbangan yang mendalam terhadap perkembangan di rantau tersebut.
Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan sebelum ini menegaskan di parlimen bahawa Singapura tidak akan berunding untuk mendapatkan laluan selamat melalui Selat Hormuz, kerana berbuat demikian akan menggugat prinsip asas undang-undang antarabangsa.
"Ada hak untuk transit," kata beliau. "Ia bukan satu keistimewaan yang diberikan oleh negara jiran, ia bukan lesen yang perlu dirayu, dan ia bukannya tol yang perlu dibayar."
Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, K Shanmugam, turut menyatakan bahawa Singapura sangat berhati-hati apabila negara-negara lain menganggap hak pelayaran sebagai sesuatu yang boleh dirundingkan atau dibayar. Beliau menegaskan bahawa tiada sesiapa boleh mengenakan tol atau memilih kapal mana yang boleh melalui perairan tersebut.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.