Perang Amerika, Israel dan Iran: SATS sokong operasi kargo Jazeera Airways bagi kekalkan rantaian bekalan Kuwait
Anggaran Waktu Membaca:
A320neo Jazeera Airways. (Gambar fail: Jazeera Airways)
- SATS dan Jazeera Airways bekerjasama untuk menyokong penghantaran kargo ke Kuwait selepas penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait akibat peperangan.
- Penghantaran kargo udara Jazeera Airways mula diuruskan oleh SATS di Dammam pada 26 Mac, termasuk barangan makanan dan bekalan penting.
- Inisiatif ini bertujuan mengekalkan keterhubungan logistik dan memastikan aliran bekalan tidak terganggu untuk masyarakat dan ekonomi Kuwait.
- SATS juga bersedia menyokong pergerakan bekalan kecemasan dari hab udara di Arab Saudi dan Oman ke negara-negara Majlis Kerjasama Teluk.
SINGAPURA: Pengendali kargo udara SATS menyokong operasi kargo bagi syarikat penerbangan tambang jimat Kuwait, Jazeera Airways di Dammam untuk membantu mengekalkan rantaian bekalan Kuwait, seperti yang diumumkan syarikat-syarikat tersebut dalam satu kenyataan bersama pada Isnin (13 Apr).
Ini selepas Jazeera Airways menubuhkan sambungan udara-darat alternatif ke Kuwait, termasuk di Dammam, Arab Saudi, menyusuli penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait di tengah-tengah peperangan di rantau itu.
SATS bertindak sebagai pengendali kargo untuk pesawat Airbus A320neo Jazeera yang beroperasi dari pangkalan berkembarnya di Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di Dammam, menurut syarikat-syarikat tersebut.
Stesen SATS di Dammam mula menguruskan semua penghantaran kargo udara untuk Jazeera Airways pada 26 Mac.
Ini termasuk kargo am dan barangan mudah rosak seperti daging sejuk beku, buah-buahan dan sayur-sayuran, yang kemudian diangkut melalui darat ke Kuwait.
Inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha Jazeera Airways untuk menyokong logistik bekalan Kuwait semasa peperangan di Timur Tengah, menurut syarikat-syarikat tersebut.
"Melalui pergerakan penumpang dan kargo penting seperti makanan, bekalan farmaseutikal, dan alat ganti penting, kami berharap dapat membantu mengekalkan dan memastikan keterhubungan kargo udara penting ke Kuwait terbuka sepanjang tempoh yang mencabar itu," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SATS APAC Gateway Services, Bob Chi.
CEO Jazeera Airways, Barathan Pasupathi berkata bahawa perkongsian syarikat penerbangan itu dengan SATS merupakan bahagian penting dalam usaha untuk memastikan Kuwait kekal terhubung.
Beliau berkata bahawa perkongsian syarikat penerbangan itu dengan SATS "merupakan bahagian penting dalam usaha ini, memastikan aliran kargo penting yang tidak terganggu termasuk barangan makanan dan bekalan penting lain".
"Bersama-sama, kami bukan sahaja mengekalkan keterhubungan, tetapi mengukuhkan talian hayat untuk masyarakat dan ekonomi yang lebih luas sepanjang tempoh ini."
SATS mengendalikan tiga kemudahan kargo di Arab Saudi – di Riyadh, Dammam dan Jeddah. Syarikat itu juga mempunyai kemudahan kargo di Oman.
"SATS bersedia untuk menyokong pergerakan bekalan kecemasan dari hab udara di Arab Saudi dan Oman ke negara-negara Majlis Kerjasama Teluk," katanya.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.