Perang Amerika, Israel dan Iran: RSAF akan kerah pesawat ke Saudi bawa pulang rakyat SG terkandas di Timur Tengah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura akan mengerahkan pesawat Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) ke Arab Saudi untuk membawa pulang rakyat Singapura yang terkandas akibat perang di Timur Tengah.
Ini disebabkan oleh keperluan mendesak rakyat Singapura di Bahrain, Jordan, Kuwait, Qatar dan Arab Saudi untuk bantuan pemindahan serta penerbangan terhad dari rantau Teluk, menurut Kementerian Ehwal Luar Negeri (MFA) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Isnin (9 Mac).
“Memandangkan ada kekurangan pilihan komersial di rantau ini, pemerintah Singapura akan menggunakan pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) RSAF A330 untuk membantu rakyat Singapura berlepas dari Riyadh, Arab Saudi pada 10 Mac,” kata mereka.
“Penerbangan kedua dari Arab Saudi sedang dirancang untuk 12 Mac.”
Penggunaan pesawat itu semata-mata untuk menyokong operasi bantuan pemindahan, kata kementerian-kementerian tersebut.
MFA akan menghubungi rakyat Singapura yang telah mendaftarkan minat mereka untuk bantuan pemindahan dari Arab Saudi dengan butiran lanjut.
Menteri Negara bagi Ehwal Luar Negeri Gan Siow Huang mengatakan bahawa banyak syarikat penerbangan komersial belum bersedia untuk menyambung semula operasi ke Timur Tengah.
“Kami memutuskan untuk menyediakan penerbangan pulang ketiga pada 10 Mac dari sini dan penerbangan keempat pada Khamis dari Arab Saudi,” katanya.
“Kami sedang menghubungi rakyat Singapura yang menyatakan minat mereka sebelum ini dengan butiran lanjut.”
Singapura mengatur dua penerbangan pulang pada hujung minggu lalu dari Muscat, Oman. Penerbangan tersebut melibatkan rakyat Singapura di Oman dan Emiriah Arab Bersatu - negara di mana kira-kira 60 peratus rakyat Singapura yang berdaftar secara elektronik dengan MFA berada.
Kira-kira 150 rakyat Singapura dan anggota keluarga mereka berada dalam penerbangan pertama, manakala 167 rakyat dan tanggungan mereka berada dalam penerbangan kedua.
“Mengatur penerbangan membawa mereka pulang memerlukan perancangan dan penyelarasan yang teliti,” kata Cik Gan, sambil berkata bahawa keadaan keselamatan di lapangan boleh berubah dengan cepat.
Para pegawai MFA dan kedutaan Singapura bekerja keras di tengah-tengah keadaan yang sukar untuk melaksanakan operasi tersebut, kata Cik Gan, sambil menambah bahawa ia dilakukan melalui kerjasama rapat dengan Kementerian Pengangkutan, Penguasa Penerbangan Awam Singapura, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan serta beberapa agensi lain.
"Kami akan terus berusaha sebaik mungkin untuk membawa pulang rakyat Singapura," tambahnya.
Menurut MINDEF, MRTT A330 memberikan RSAF lebih banyak kelonggaran dalam operasinya dan memperkukuh keupayaan Angkatan Tentera Singapura untuk menyokong usaha bantuan kemanusiaan dan bencana antarabangsa, serta misi sokongan keamanan.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.