Skip to main content

Singapura

Perang Amerika, Israel dan Iran: Penerbangan kedua RSAF bawa pulang 81 warga SG & ahli keluarga; baki tempat duduk ditawarkan kepada warga lain

Penerbangan kedua pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) A330 Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) yang dikerahkan ke Jeddah, Arab Saudi untuk membawa pulang rakyat Singapura yang terkandas di Timur Tengah selamat tiba di Singapura pada Jumaat (13 Mac), pukul 5.59 pagi.
Anggaran Waktu Membaca:

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 13 Mar 2026 07:50AM Dikemas Kini : 08 Apr 2026 11:01PM
SINGAPURA: Penerbangan kedua pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) A330 Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) yang dikerahkan ke Jeddah, Arab Saudi untuk membawa pulang rakyat Singapura yang terkandas di Timur Tengah selamat tiba di Singapura pada Jumaat (13 Mac), pukul 5.59 pagi.

Dalam kenyataannya, Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyatakan bahawa 81 rakyat Singapura dan tanggungan mereka menaiki penerbangan tersebut.

Selepas memberi keutamaan kepada rakyat Singapura yang mendaftar untuk menaiki penerbangan itu, baki tempat turut ditawarkan kepada warga Australia, Brunei, Indonesia, Filipina, Sri Lanka dan Vietnam, menurut MINDEF.

“Ini adalah atas semangat perpaduan, sebagaimana negara-negara lain turut membantu rakyat Singapura pulang ke tanah air semasa krisis-krisis lalu.”

Menerusi dua penerbangan pemindahan yang dijalankan oleh RSAF, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) berjaya membantu 299 rakyat Singapura serta tanggungan mereka pulang ke tanah air dari Timur Tengah, menurut MINDEF.

Singapura sebelum ini turut mengendalikan dua penerbangan pulang dari Muscat, Oman. Penerbangan tersebut menyediakan khidmat kepada rakyat Singapura di Oman dan Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Ia juga mengaturkan satu penerbangan ke Oman bagi para pelawat asing yang terjejas akibat gangguan ruang udara.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita