Perang Amerika, Israel dan Iran: Pelajar SG di Timur Tengah selamat, pengajian tidak terjejas, kata Dr Faishal
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pelajar Singapura di universiti-universiti di Timur Tengah dalam keadaan selamat dan pengajian mereka tidak terjejas di tengah-tengah konflik yang berterusan di rantau itu.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkongsi hal itu dalam satu catatan di Facebook pada Khamis (5 Mac)setelah bertemu sekitar 40 pelajar Singapura yang sedang menuntut di Mesir, Jordan, Kuwait dan Arab Saudi menerusi Zoom.
"Para pelajar turut berkongsi kebimbangan mereka, namun mereka menunjukkan ketabahan dalam menangani situasi yang tidak menentu. Saya terharu apabila mendengar bahawa mereka terus menjaga keselamatan diri dan kekal memberi tumpuan pada pengajian mereka," kata Dr Faishal.

Beliau turut menggalak mereka yang sedang menuntut di rantau Timur Tengah untuk sentiasa memaklumkan keadaan mereka kepada keluarga dan kekal berhubung rapat dengan pihak berkuasa.
Dalam sesi tersebut, Dr Faishal memberi jaminan kepada para pelajar bahawa keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan mereka sentiasa menjadi keutamaan dan pihak berkuasa bersedia untuk membantu.
Dalam sesi tersebut, Dr Faishal memberi jaminan kepada para pelajar bahawa keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan mereka sentiasa menjadi keutamaan dan pihak berkuasa bersedia untuk membantu.
Beliau juga menggesa para pelajar di rantau itu untuk segera menjawab tinjauan Kementerian Luar Negeri (MFA) tentang keinginan mereka untuk pulang ke tanah air.
"Singapura sedang memantau perkembangan dengan teliti dan penuh keprihatinan. Keadaan Ini amat menyayat hati, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang suci, ketika ramai mencari ketenangan, memperbanyakkan doa dan memperbaharui kekuatan jiwa. Kami berharap semua pihak memilih dialog dan berusaha ke arah keamanan, berlandaskan undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB," ujar Dr Faishal menerusi catatan di Facebook.
"Marilah kita terus berdoa agar semua rakyat Singapura yang terjejas oleh konflik ini sentiasa dilindungi. Di Singapura, marilah kita kekal tenang dan bersatu, serta menjaga keamanan dan keharmonian yang kita hargai bersama," tambahnya.

Beliau menambah bahawa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) juga sedang memantau situasi di Timur Tengah dengan teliti.
Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.