Perang Amerika, Israel dan Iran: MOE nasihat sekolah 'pertimbang dengan wajar' permintaan pengendali naikkan tambang bas bagi kegiatan luar
Anggaran Waktu Membaca:
Murid-murid sedang menaiki bas sekolah di Singapura. (Gambar: Wee Teck Hian/TODAY)
SINGAPURA: Sekolah-sekolah harus "menimbangkan dengan wajar" permintaan daripada pengendali pengangkutan kontrak untuk menaikkan tambang bas untuk aktiviti luar di tengah-tengah lonjakan harga bahan api akibat perang Timur Tengah, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Jumaat (17 Apr).
Menjawab pertanyaan Mediacorp, MOE menjelaskan bahawa ini akan membantu memastikan perkhidmatan bas berdasarkan permintaan terus beroperasi agar kegiatan sekolah dan pembelajaran pelajar tidak "terjejas".
Pengendali menyediakan perkhidmatan bas untuk aktiviti luar sekolah seperti wisata dan pertandingan, yang ditanggung oleh sekolah, dan pelarasan tambang boleh membantu mengimbangi kos bahan api yang lebih mahal.
"Memandangkan lonjakan harga bahan api berlaku tanpa dijangka, pengendali pengangkutan mungkin tidak mengambil kira kenaikan tersebut dengan wajar semasa membida kontrak ini, yang dipanggil pada atau sebelum perang Timur Tengah bermula pada 28 Februari," kata MOE.
Kementerian itu menambah bahawa ia akan terus memantau situasi dan mengeluarkan nasihat kepada sekolah mengikut keperluan, bergantung pada keadaan pasaran.
MOE sebelum ini mengumumkan bahawa ia akan menyediakan sokongan sementara kepada pengendali perkhidmatan bas sekolah biasa - bersamaan dengan 13 peratus daripada hasil tambang - dari April hingga Jun untuk membantu mereka menangani peningkatan kos bahan api.
Pemangku Menteri Pengangkutan Jeffrey Siow juga berkata di parlimen awal bulan ini bahawa pemerintah akan membiayai bersama sementara kenaikan kos untuk perkhidmatan bas penting tertentu bagi mengurangkan kesan perang Timur Tengah terhadap rakyat Singapura.
Walau bagaimanapun, pemerintah menyatakan bahawa tambang mungkin masih perlu dinaikkan jika harga bahan api kekal tinggi melebihi tempoh sokongan.
Lonjakan harga bahan api akibat perang di Timur Tengah meningkatkan kos operasi untuk pelbagai perniagaan.
Pengendali perkhidmatan bas penting mengalu-alukan pembiayaan bersama pemerintah, namun memberitahu Mediacorp bahawa huraian jangka panjang seperti pengecualian cukai jalan harus dipertimbangkan.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.