Skip to main content

Singapura

Perang Amerika, Israel dan Iran: Lebih 70,000 kemudahan awam Iran rosak akibat serangan Amerika-Israel

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Lebih 70,000 kemudahan awam Iran rosak akibat serangan Amerika-Israel

(Gambar: BERNAMA)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 20 Mar 2026 02:14PM Dikemas Kini : 20 Mar 2026 02:16PM
TEHRAN: Lebih 70,000 premis dan kemudahan awam rosak akibat serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran, kata Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Iran pada Khamis (19 Mac).

Anadolu Ajansi melaporkan Pir Hossein Kolivand sebagai berkata bahawa serangan itu turut mencederakan lebih 18,000 orang awam.

“Serangan itu menyebabkan kerosakan terhadap lebih 70,000 premis dan kemudahan awam,” kata Encik Pir Hossein Kolivand dalam kenyataan yang ditukil oleh wartawan Anadolu.

Beliau menambah bahawa sebanyak 251 pusat perubatan dan 498 kemudahan pendidikan turut rosak akibat serangan berkenaan.

Ketegangan serantau terus memuncak sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari lalu, yang setakat ini mengorbankan kira-kira 1,300 orang, termasuk Pemimpin Tertinggi ketika itu Ayatollah Ali Khamenei.

Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq serta negara Teluk yang menempatkan aset tentera Amerika Syarikat, menyebabkan kematian dan kecederaan serta kerosakan infrastruktur selain mengganggu pasaran global dan penerbangan.
 
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita