Perang Amerika, Israel dan Iran: 42 pelajar SG di universiti Islam Jordan selamat pulang ke tanah air
Seramai 42 pelajar Singapura yang menuntut di universiti-universiti Islam di Jordan selamat tiba di tanah air pada pagi Jumaat (13 Mac) menerusi penerbangan pulang kedua dari Arab Saudi.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 42 pelajar Singapura yang menuntut di universiti-universiti Islam di Jordan selamat tiba di tanah air pada pagi Jumaat (13 Mac) menerusi penerbangan pulang kedua dari Arab Saudi.
Kumpulan tersebut disambut oleh ahli keluarga dan rakan-rakan yang menantikan kepulangan mereka dengan penuh rasa syukur dan emosi.
Turut hadir menyambut mereka ialah Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim, Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) Kadir Maideen dan para pegawai MUIS.

“Sepanjang tempoh mencabar ini, Pegawai Perhubungan Pelajar kami di Kaherah dan Jeddah mengekalkan hubungan harian dengan para pelajar serta bekerjasama rapat dengan misi luar negara MFA untuk menyelaraskan kepulangan mereka dengan selamat,” menurut MUIS dalam catatannya di Facebook pada Jumaat (13 Mac).
MUIS juga menambah bahawa pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan setiap pelajar bagi membincangkan pilihan akademik mereka serta aturan pengajian dengan universiti masing-masing di luar negara.
“Khidmat kaunseling dan sokongan emosi juga akan disediakan kepada sesiapa yang memerlukannya,” menurut MUIS.
MUIS turut menegaskan komitmennya untuk terus menyokong para pelajar serta keluarga mereka sepanjang tempoh peralihan ini, sama ada bagi mereka yang sudah pulang ke Singapura atau yang memilih untuk terus berada di luar negara.

Sumber : Sumber Web/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.