Perancangan serang bangunan SGX pada 2014: SG kerjasama dengan Indonesia selepas pengganas diberkas
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Edgar Su/REUTERS
SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura sedang "bekerjasama" dengan rakan sejawatannya di Indonesia berikutan pemberkasan seorang individu yang disyaki merancang untuk menyerang bangunan Bursa Singapura (SGX) pada 2014.
Demikian menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) pada Rabu (4 Sep).
Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp, ISD menyatakan ia mengetahui tentang individu diberkas itu, yang dikenali sebagai YLK dalam beberapa laporan akhbar.
"ISD pertama kali menerima maklumat mengenai rancangan untuk menyerang SGX pada 2016, dan seterusnya tentang dakwaan pelibatan YLK dalam rancangan tersebut. Sejak itu, ISD bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Indonesia dalam menjalankan siasatan," dedah ISD.
Pada Selasa (4 Sep), unit antipengganasan Indonesia, Detasmen 88, menyatakan bahawa YLK, yang diberkas pada 21 Ogos, dikaitkan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP).

CUBA MASUK SINGAPURA PADA 2015
ISD mengetahui tentang YLK sejak awal tahun 2000-an atas pelibatannya dalam kegiatan pengganasan.
Dia merupakan anggota kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI) di Indonesia, dan menjalani latihan ketenteraan di Mindanao, Filipina, dari lewat 1990-an hingga awal 2000-an.
Pada 2003, dia diberkas dan dipenjara di Indonesia kerana memiliki senjata api secara haram, sebelum dibebaskan.
"Disebabkan aktiviti pengganasannya yang berkait JI, ISD meletakkan YLK dalam senarai pemantauan masuk ke dalam negeri sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan sempadan kita yang ketat," jelas ISD.
ISD juga mengesahkan laporan bahawa YLK cuba masuk ke Singapura pada Februari 2015. Dia tidak dibenarkan masuk dan dihantar pulang ke Batam.
"ISD belum menolak kemungkinan bahawa percubaan YLK untuk ke Singapura adalah atas sebab mendapatkan maklumat untuk melancarkan serangan di bangunan SGX," tambah ISD.
"Selain percubaannya untuk masuk ke Singapura pada 2015, dia tidak membuat lawatan lain ke Singapura selepas itu.
"Siasatan masih dijalankan, dan kami berhubung rapat dengan rakan sejawatan kami di Indonesia berikutan pemberkasan itu."
Rancangan serangan pada 2014 itu "menjadi peringatan bahawa Singapura terus dilihat sebagai sasaran yang diidamkan" oleh kumpulan pengganas seperti Al-Qaeda dan sekutu di rantau Asia Tenggara.
"Meskipun tiada ancaman serangan di Singapura buat masa ini, ancaman pengganasan tetap tinggi," tegas ISD.
"Orang awam dinasihatkan berjaga-jaga dan melaporkan sebarang individu atau aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa dengan segera."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.