Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perancangan kerjaya, kesihatan mental antara keprihatinan belia sebelum masuk alam pekerjaan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Sep 2022 08:11PM Dikemas Kini : 10 Sep 2022 10:47PM
SINGAPURA: Perancangan kerjaya, kedudukan kewangan dan kesejahteraan mental adalah tiga keprihatinan utama yang dihadapi oleh belia sebelum mereka memasuki alam pekerjaan.

Ini merupakan dapatan tinjauan pendapat yang dijalankan sebelum Dialog Suara Kampus secara tertutup yang dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) pada Jumaat (9 Sep).

Dialog berkenaan dihadiri Setiausaha Agung NTUC, Ng Chee Meng, yang berucap kepada kira-kira 70 pelajar dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi (IHL) serta para pelajar daripada sekolah menengah.

Acara itu adalah sebahagian daripada Pasukan Bertindak Belia yang dilancarkan Julai tahun ini untuk memahami dengan lebih mendalam aspirasi kehidupan kerja belia.
Latihan sepanjang tahun itu menyasarkan untuk mendampingi 10,000 belia berumur antara 18 hingga 25 tahun dan mengetahui lebih banyak lagi mengenai matlamat dan keprihatinan mereka.

Setakat ini, NTUC sudah mendampingi lebih 1,000 individu dan merancang untuk mengadakan sesi dialog dengan politeknik pada Oktober.

Dialog "From School to Work: Future-Readiness of Singaporean Youths" pada Jumaat (9 Sep) memberikan tumpuan bagaimana belia boleh bersiap sedia untuk beralih daripada menjadi pelajar kepada seorang karyawan.

Dialog itu diadakan dengan kerjasama Suara Kampus sebuah rangkaian antara universiti yang mengadakan dialog secara tetap yang meliputi "topik yang paling penting untuk para belia", menurut NTUC dalam kenyataan medianya pada Sabtu (10 Sep).

"Ini sedang perubahan latar belakang ekonomi, daya penggerak seperti pembangunan mampan, pendigitalan dan permintaan yang semakin meningkat untuk jagaan dan aturan kerja yang fleksibel yang mengubah dunia pekerjaan," tambah NTUC.

Para peserta berkongsi bahawa mereka terutama sekali prihatin untuk memastikan mereka boleh diambil bekerja dalam pasaran buruh serta kemahiran yang menarik buat para majikan dalam masa depan, serta bagaimana untuk bersedia sebelum masuk ke alam pekerjaan.

Keprihatinan yang disuarakan oleh para pelajar semasa dialog itu selaras dengan dapatan daripada kajian yang dijalankan oleh NTUC dan Pasukan Bertindak Belia awal tahun ini. Dapatan itu juga akan digunakan sebagai asas untuk membentuk pasukan petugas.

Dalam kajian yang berasingan oleh Pasukan Bertindak Belia NTUC pada Februari, mereka mendapati golongan muda mendapati peluang pekerjaan, latihan amali, bengkel kemahiran dan bimbingan kerjaya berguna dalam kalangan program berkaitan kerjaya. Kajian itu melibatkan 1,500 responden berumur antara 18 hingga 35 tahun.

"Sejak pelancaran Pasukan Bertindak Belia, kami sudah mendampingi lebih daripada 1,000 belia berusia antara 18 dan 25 tahun setakat ini.

"Kami tidak sabar untuk bertemu dengan lebih ramai belia yang ada pandangan yang berbeza,” kata Penolong Setiausaha Agung NTUC, Desmond Choo, yang mengetuai Pasukan Bertindak Belia.

"Ia sangat menggalakkan untuk melihat wacana yang bermakna ini dijalankan. Memandangkan NTUC mahu menjadi rakan pembimbing dalam perjalanan kehidupan kerja mereka, perkongsian sebegini merupakan tunggak penting untuk membina tenaga kerja masa hadapan kami dan mewujudkan tempat kerja yang diinginkan."

Sebagai sebahagian daripada pelibatan Pasukan Bertindak Belia NTUC pada September, pameran jelajah Hab Belia akan dipamerkan di ITE College Central dari 14 hingga 15 September.

Ia kemudian akan berpindah ke Institut Pendidikan Global Pengurusan Singapura dari 29 hingga 30 September.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan