Skip to main content

Singapura

Perancangan bandar SG dorong warisan, kemodenan maju seiring, kata Dr Faishal kepada Menteri Penguasa Palestin

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Feb 2026 06:49PM Dikemas Kini : 15 Mar 2026 05:35PM
SINGAPURA: Perancangan bandar Singapura berjaya menyepadukan pelbagai ruang agama dan budaya.

Ini supaya warisan dan kemodenan dapat berkembang seiring.

Wawasan itu dikongsikan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Faishal Ibrahim dengan Menteri Kewangan dan Perancangan Penguasa Palestin, Dr Estephan Salameh, dalam lawatan mereka ke Kampong Gelam pada Selasa (24 Feb).

Kunjungan mereka itu diiringi oleh Wakil Singapura ke Penguasa Palestin, Encik Hawazi Daipi, dan Anggota Parlimen GRC East Coast, Hazlina Abdul Halim.

Dr Faishal berkongsi lawatan muhibah dan perkembangan itu di laman Facebook beliau pada Selasa.

Dalam lawatan itu, Dr Faishal dan Dr Estephan Salameh juga berbincang tentang keadaan semasa di Palestin serta keprihatinan mendalam terhadap isu kemanusiaan yang dihadapi oleh masyarakat Palestin yang terjejas akibat konflik Israel-Hamas.

"Singapura akan terus menyokong usaha bantuan antarabangsa untuk Gaza serta menyumbang sebaik mungkin dalam usaha pembinaan semula jangka panjangnya," kata Dr Faishal.

Dr Faishal juga mengucapkan terima kasih kepada Perikatan Kampong Gelam atas sokongannya dalam menjayakan lawatan tersebut.

Dr Estephan Salameh sedang melakukan lawatan rasmi empat hari ke Singapura sehingga Rabu (25 Feb).

Menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA), lawatan rasmi Dr Estephan Salameh ke Singapura mengukuhkan lagi hubungan erat yang terjalin antara Singapura dengan Penguasa Palestin serta sokongan berterusan kepada usaha Palestin membina keupayaannya.
Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita