Peranan Speaker Parlimen di SG dan bagaimana mereka dipilih?
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA)
INGAPURA: Anggota Parlimen (AP) Marine Parade pada Rabu (2 Ogos) dipilih Speaker Parlimen Singapura ke-11.
Beliau menggantikan Tan Chuan-Jin yang meletak jawatan daripada parlimen dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) bulan lalu kerana menjalin hubungan sulit dengan rakan AP Cheng Li Hui.
Kita sering dengar para AP memberi hormat kepada Speaker sebelum berhujah di parlimen. Tetapi apa sebenarnya peranan Speaker Parlimen Singapura?
Seorang Speaker mempengerusikan sidang Dewan dan menguatkuasakan serta mengawal selia peraturan perbahasan untuk memastikan urusan parlimen berjalan dengan teratur.
Speaker secara keseluruhannya bertanggungjawab ke atas pentadbiran parlimen dan sekretariatnya.
Semasa parlimen bersidang, Speaker menentukan siapa yang berhak bersuara. Beliau juga mengemukakan soalan untuk dibahaskan dan diundi AP.
Speaker perlu kekal adil dan tidak berpihak kepada semua AP semasa menjalankan tugas.
“Sebagai penjaga keistimewaan parlimen, AP merujuk kepada Speaker mengenai panduan berhubung prosedur dan beliau memberikan keputusannya mengenai sebarang perintah, jika perlu,” menurut laman web parlimen Singapura.
Speaker juga bertindak sebagai wakil Dewan dalam hubungannya dengan parlimen lain. Speaker mewakili parlimen di acara kebangsaan dan lawatan rasmi ke luar negara. Beliau juga menyambut tetamu kenamaan yang melawat negara ini.
Walaupun Speaker tidak mengambil bahagian dalam perbahasan parlimen, beliau dibenarkan mengambil pendirian berkecuali, atau mengundi menyokong atau menentang sesuatu usul jika mempunyai undi asal sebagai AP yang dipilih. Namun, Speaker tidak mempunyai undi pemutus.
Speaker boleh menangguhkan sidang parlimen tanpa perlu mengemukakan sebarang soalan atau menggantungnya buat sementara waktu, sekiranya berlaku "gangguan besar" di parlimen.
Seorang Speaker dibantu oleh dua Timbalan Speaker, yang kini disandang AP Christopher de Souza (PAP-Holland-Bukit Timah) dan AP Jessica Tan (PAP-East Coast).

Menurut laman web Parlimen Singapura, seorang Speaker mungkin atau mungkin bukan Anggota Parlimen, tetapi mesti "mempunyai kelayakan untuk bertanding sebagai AP seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan".
BERAPAKAH GAJI SEORANG SPEAKER?
Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) berkata gaji Speaker sepenuh masa yang dipilih bersandarkan kepada penanda aras MR4, iaitu pendapatan median 1,000 penerima pendapatan teratas Singapura, dengan diskaun 40 peratus digunakan "untuk mencerminkan etos perkhidmatan awam”.
Gaji seorang Speaker juga distrukturkan sebagai pakej 14 bulan - termasuk bonus 13 bulan dan komponen tahunan berubah-ubah, tetapi tidak termasuk prestasi dan bonus nasional.
Menurut PSD, buat masa ini parlimen menggunakan diskaun 50 peratus bagi jawatan itu kerana ia bukan jawatan sepenuh masa.
Ini bermakna Speaker akan menerima gaji tahunan sebanyak S$550,000 iaitu potongan 53 peratus daripada gaji 2010.
Skim pencen untuk Speaker dimansuhkan pada 21 Mei 2011.
Seorang Speaker turut diletakkan di bawah skim Medisave-Pesakit Luar Bersubsidi-(MSO) dan tidak menerima sebarang faedah. Sebuah kereta rasmi disediakan untuk Speaker, tertakluk kepada cukai.
APAKAH YANG MENCETUSKAN PEMILIHAN SPEAKER BAHARU?
Jawatan Speaker menjadi kosong selepas Encik Tan meletak jawatan daripada parlimen dan PAP pada 17 Julai kerana menjalin hubungan sulit dengan Cik Cheng.
Beliau sebelum ini juga terpalit dalam satu lagi kontroversi, apabila sebuah klip video tersebar di media sosial menunjukkannya menggunakan bahasa tidak beradab di parlimen yang didengar dari mikrofon pada April.
Menurut wadah media sosial Reddit, Encik Tan kedengaran menuturkan kekata kesat dan lucah “****ing populist” selepas membenarkan AP Vikram Nair (PAP-Sembawang) berucap, berikutan ucapan AP Parti Pekerja Jamus Lim. Encik Tan sudah meminta maaf atas kedua-dua insiden itu.
Pada 21 Julai, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bahawa Encik Seah akan dicalonkan bagi jawatan itu pada sidang parlimen bulan Ogos.
SIAPA SPEAKER SG SEBELUM INI?
Encik Seah menjadi Speaker ke-11 Singapura selepas beliau dipilih pada Rabu.
Dr Yeoh Ghim Seng ialah Speaker paling lama berkhidmat di Singapura selama 19 tahun.
Beliau memulakan kerjaya politiknya sebagai AP Joo Chiat, berkhidmat di kawasan undi itu selama 22 tahun.
Sebagai Speaker kelima Singapura, beliau juga memegang rekod sebagai salah seorang Speaker paling lama berkhidmat di mana-mana parlimen di seluruh dunia, menurut laman web Parlimen Singapura.
Puan Halimah ialah Speaker Parlimen wanita pertama Singapura. Beliau meletak jawatan pada 2017 untuk bertanding dalam pilihan raya presiden.
Mantan Speaker Parlimen:
Sir George Oehlers (1955 hingga 1963)
Encik EW Barker (1963 hingga 1964)
Encik A P Rajah (1964 hingga 1966)
Encik P Coomaraswamy (1966 hingga 1970)
Dr Yeoh Ghim Seng (1970 hingga 1989)
Encik Tan Soo Khoon (1989 hingga 2002)
Encik Abdullah Tarmugi (2002 hingga 2011)
Encik Michael Palmer (2011 hingga 2012)
Puan Halimah Yacob (2013 hingga 2017)
Encik Tan Chuan-Jin (2017 hingga 2023).

Sumber : CNA/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.