Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peranan SCCCI kini lebih genting sedang China longgarkan sekatan COVID-19, kata Presiden Halimah

Anggaran Waktu Membaca:
Peranan SCCCI kini lebih genting sedang China longgarkan sekatan COVID-19, kata Presiden Halimah

(Gambar: Facebook/Halimah Yacob)

SINGAPURA: Peranan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI) dalam menjalin hubungan perniagaan akan menjadi lebih genting sedang China melonggarkan sekatan-sekatan perjalanan dan sempadannya.

Presiden Halimah Yacob berkata demikian di perayaan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh SCCCI.

Presiden Halimah menarik perhatian bahawa hubungan yang terjalin tersebut akan membantu lebih 700 syarikat tempatan dalam usaha menyerantau sejak tiga tahun lalu.

"Dengan kelonggaran sekatan-sekatan perjalanan dan sempadan China, peranan SCCCI dalam mempermudah hubungan perniagaan akan lebih penting dan relevan sedang firma-firma tempatan meninjau dan mendekati semula peluang-peluang baru dalam pasaran China," tambah beliau.

Presiden Halimah berkata agensi-agensi Singapura bekerjasama dengan rakan-rakan sejawatan dari China untuk memulihkan hubungan perjalanan pada rentak yang melindungi kesihatan warga kedua-dua negara.

Turut diiktiraf, peranan SCCCI dalam memupuk keharmonian sosial di Singapura.
Sumber : CNA/AZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan